Ditangkap ...
Seorang pemuda dengan sopan meminta izin untuk menggunakan telefon bimbitku. Aku berasa simpati. Belum sempat aku menghulurnya, dia merampas telefon bimbit itu dari tanganku. Dia terus angkat kaki. Aku tercegat kerana terperanjat. Dengan pantas, aku cuba menangkap si pencuri itu.
Pemuda itu berlari dengan pantas. Aku menghadapi masalah untuk menangkapnya. Dia berlari di tepi jalan seperti dikejar hantu. Pada saat itu, akulah hantu yang mengejarnya.
Beg sandangku menghalangku daripada berlari dengan pantas. Pemuda itu semakin jauh daripadaku. Dengan lekas, aku menghayunkan beg sandangku lalu mencampaknya ke arahnya.
Tekaanku amat tepat. Beg sandang itu terhempap di belakang kepalanya dan dia terjatuh. Mungkin kerana aku telah isikan beg sandangku dengan terlalu banyak buku.
Aku menghampiri pemuda itu yang sedang mengesat kepalanya yang sakit. Aku mencapai telefon bimbitku daripadanya. Dia merenung wajahku. Aku memandang muka nya dengan air muka yang bengis. Dia meminta maaf. Beberapa saat berlalu. Aku menganggukkan kepalaku satu kali untuk menunjukkan kemaafanku ke atas dirinya. Aku meninggalkan pemuda itu dengan hati yang berat.
Seminggu berlalu. Aku telah melupakan kejadian itu walaupun aku masih berhati-hati dengan sesiapa yang cuba menegurku. Aku tidak sanggup untuk berpisah dengan apa sahaja barangan kepunyaanku.
Apabaila saya keluar daripada sebuah kedai, aku ternampak seorang pemuda. Seorang pemuda yang memakai baju yang koyak-rabak. Seorang pemuda yang menghampiri seorang wanita untuk bertanya jika dia dapat menggunakan telefon bimbitnya.
Dengan pantas, aku mengeluarkan telefon bimbitku pula lalu memanggil pihak polis. Kali itu aku pasti tidak akan memaafinya. Nasibnya wanita itu kelihatan seperti enggan untuk meminjamkan telefon bimbitnya. Aku tahu pihak polis akan datang dalam lima minit dan pasti tiada masa untuk menangkap pencuri itu yang tidak insaf.
Aku mendekati pemuda itu lalu menggenggam tangannya. Wanita itu terkejut. Aku memarahi pemuda itu tetapi masih tidak melepaskan tangannya. Seorang pegawai polis tiba di kawasan itu. Di menegur pemuda itu lalu menggari tangannya. Akhirnya, pencuri telefon bimbit itu telah diberkas. Pegawai polis itu memujiku lalu beredar dengan pemuda itu.
Aku menoleh ke arah wanita yang masih tergamam itu. Aku memberitahunya bahawa pencuri itu telah ditangkap. Alangkah terperanjatnya aku apabila wanita itu sedarkan diri lalu berkata bahawa aku telah menuduh orang yang salah. Dia mengatakan bahawa pemuda itu adalah abangnya yang telah menghadapi kemiskinan. Abangnya itu telah meninggalkan keluarganya lalu cuba mencuri telefon bimbit. Akulah yang telah menjadi mangsanya yang pertama tetapi setelah aku memarahinya seminggu lalu, dia telah insaf. Dia telah menghampiri wanita itu kerana ingin meminjam wang daripadanya nutuk menampung kehidupannya sebagai pengemis.
Aku berasa serba salah lalu meminta maaf kepada wanita itu. Dengan segera, aku bergegas ke balai polis yang berdekatan untuk menyelamatkan pemuda itu daripada tuduhan yang palsu.
Abdul Muhaimin 6/11 GEP
0 Comments:
Post a Comment
<< Home