Saturday, April 15, 2006

Kepentingan Air


– Artikel oleh Abdul Muhaimin

Air amat penting dalam hidup kita. Kita meminumnya untuk melepaskan dahaga. Ia penting untuk semua binatang, tumbuh-tumbuhan, dan kesemua kehidupan di dunia ini. Kita memerlukan air kerana tubuh kita mempunyai tujuh-puluh lima peratusan air. Jika air itu tiada lagi, sel-sel di dalam badan kita akan menjadi kering lalu mati. Begitulah kepentingan air untuk kita.

Sumber air kita dicemari setiap hari. Adakalanya manusia membuang sampah ke dalam sungai dan kolam pertakungan air. Sisa-sisa makanan, botol, berkas, dan lain-lain lagi termasuk ke dalam sumber air kita. Walaupun proses untuk membersihkan air yang kotor ini sudah direka, ia lebih susah jika air itu terlalu kotor.

Kita juga perlu menjimatkan air kerana sumber air tidak selalunya akan berterusan. Kita menjimat air dengan tidak menggunakannya dengan terlalu boros. Satu cara untuk menjimat air ialah apabila sedang membasuh pinggan, kita tidak perlu membuka air terlalu banyak tetapi ia hanya perlu sedikit sahaja. Apabila sedang membubuh sabun di atas pinggan, air tidak perlu mengalir dari pili dengan sekuat-kuatnya. Lebih bagus jika pili itu tidak dibuka airnya.

Kita mesti menjimatkan air, tetapi dari manakah asal air itu? Ia datang dari empat sumber, yang dinamakan Pili Air Singapura yang Utama. Yang pertama ialah air yang diimpot. Air ini dibeli daripada negara lain seperti Johor Bahru yang sekarang merupakan penjual air kepada Singapura yang utama.

Sumber yang kedua ialah kolam pertakungan air. Apabila hujan, air akan bertakung di sini. Air ini akan diproses lalu boleh diminumnya. Ia akan disalurkan ke semua kawasan perumahan di Singapura.

Sumber yang ketiga ialah NEWater. Ia dibuat dengan mengambil air yang kotor lalu memproseskannya. Selepas diproses dalam beberapa mesin, air yang kotor ini akan menjadi lebih jernih daripada air hujan, boleh diminumnya juga.


Sumber yang keempat ialah air laut. Air laut amat bergaram dan tidak selesa untuk diminum. Oleh kerana itu, air laut dipanaskan sehingga menjadi wap. Garam itu ditinggalkan sahaja. Wap ini disejukkan supaya ia menjadi air semula. Air ini jernih kerana semua garam sudah di tinggalkan.

Semua air ini digunakan untuk banyak kegunaan. Selain daripada diminum, air boleh digunakan untuk rekreasi. Berenang dan belayar adalah contoh-contoh rekreasi yang boleh dilakukan dalam dan di atas air. Air juga boleh digunakan untuk membasuh sesuatu. Baju, pinggan, dan juga lantai boleh di basuh dan dibersihkan dengan air.n apa sahaja boleh dibasuh dengan air kecuali barang-barang elektrik.

Begitulah kepentingan air dalam negara kita ini. Semoga semua manusia akan mengetahui kepentingan air, kegunaannya, dan cara untuk menjimatkannya.

Komentar Cikgu: Baik sungguh susunan isi anda. Walaupun ada kesilapan Bahasa yang sudah saya baiki, keseluruhannya memuaskan. Terima kasih Muhaimin.

2 Comments:

Blogger Nurul Arina said...

Saya , Mengambil sedikit isi penting , Terima kasih kerana telah membntu saya dalam tugasan saya kali ini . semoga tuhan memberkati hidup kamu . Amin .

9:02 PM  
Blogger Unknown said...

susah nak tengok kerana warna kuning muda tidak sesuai untuk 'background' yang berwarna putih, haraplah kamu boleh tukar warna tulisan menjadi warna hitam

7:21 PM  

Post a Comment

<< Home