Friday, August 11, 2006

Program Penglibatan Kemasyarakatan (CIP)


28 Julai 2006

Kami pun sudah tiba di pintu masuk Rumah Anak-anak Yatim Darul Ma’wa. Bangunannya bertingkat dua dan kelihatan sedikit lapuk. Tetapi di dalam bangunan itu lebih dihias indah daripada zahirnya.

Kami melawat rumah itu dengan beberapa tujuan. Pertama, inilah satu antara aktiviti yang dirancangkan untuk Program Penglibatan Kemasyarakatan (CIP). Kedua, dengan menziarahi anak-anak yatim ini, kami mendapat pendedahan kepada keadaan kanak-kanak yang kurang bernasib baik. Ketiga, kami juga dapat memberikan sokongan kami kepada mereka.

Rumah anak-anak yatim itu lengkap dengan kemudahan untuk memberikan suasana yang selesa untuk mereka. Tersedia untuk mereka adalah kantin, taman permainan, bilik tidur, bilik muzik, bilik komputer dan lain-lain lagi.

Walaupun rumah itu yang merangkumi lebih tujuh puluh kanak-kanak lengkap dengan kemudahan dan amat selesa, mereka masih kurang bernasib baik. Apa yang mereka tidak mempunyai adalah ibu bapa yang dapat memberikan kasih sayang yang sepenuhnya. Tiada sesiapa yang memberikan perhatian yang istimewa seperti dakapan dan ciuman kepada mereka pada waktu malam sebelum mereka tidur.

Sebelum kami meninggalkan rumah anak-anak yatim itu, kami memberikan beberapa hadiah yang terdiri daripada kotak-kotak biskut dan satu tin Milo. Kami juga memberikan sekeping cek berjumlah $700 kepada ketua Rumah Anak-anak Yatim Darul Ma’wa, Encik Sufyan. Kami mengambil gambar, bersalaman dan mengucapkan terima kasih kepada penghuni rumah lalu mengundur diri.

Walaupun kemungkinan besar yang saya tidak akan dapat menziarahi mereka lagi, saya tahu bahawa saya patut menghargai kedua-dua ibu bapa saya sehingga saat yang terakhir.
Dari Jurnal
Abdul Muhaimin
GEP

0 Comments:

Post a Comment

<< Home