Friday, August 11, 2006

Lawatan ke Rumah anak-anak yatim Darul Ma’wa



Darul Ma’wa Jamiyah

Lawatan ke rumah anak-anak yatim Darul Ma’wa adalah suatu kenangan yang saya tidak akan lupakan. Pada 28 Julai 2006, hari Jumaat, beberapa orang murid darjah 5 dan 6 telah pergi melawati rumah anak-anak yatim di sana. Objektif kami ke sana adalah untuk menyedari akan kepentingan kasih sayang ibu bapa kerana pada zaman sekarang, ramai kanak-kanak and remaja-remaja yang mengambil kesempatan daripada kasih sayang ibu bapa meraka. Kami diberitahu bahawa penghuni rumah tersebut mempunyai kasih sayang kawan, guru,orang awam tetapi kekurangan kasih sayang ibu bapa.

Sebagai tanda penghargaan di atas undangan mereka, kami semua mengumpulkan wang tunai dan beberapa kotak biskut dan makanan-makanan ringan yang dibalut dengan kertas balut yang berwarna-warni. Kami bersyukur kerana para ibu bapa dan guru-guri sudi membantu dalam pungutan derma buat Darul Ma’wa. Rumah itu mempunyai 75 hingga 80 penghuni yang berumur 4 hingga 18 tahun.

Kami juga dibawa di sekeliling rumah itu. Ada beberapa kemudahan yang disediakan seperti komputer yang rata skrinnya. Di kantin mereka ada sebuah piano. Kami juga berpeluang mendengar adik Riduan yang berumur 8 tahun memainkan dua buah lagu di piano untuk kita. Dia mampu bermain tanpa diajar oleh sesiapa. Memang mengkagumkan.

Saya mempelajari tentang kepentingan kasih sayang ibu bapa dan mengapa kita harus menghargai mereka. Saya juga diberitahu yang anak-anak yatim tidak perlu simpati orang ramai. Sekali lagi saya mengatakan bahawa lawatan ini adalah suatu renungan.

Renungan:
Rukhsana P6/5

0 Comments:

Post a Comment

<< Home