Wednesday, March 08, 2006

Televisyen - Alat Media Massa

Televisyen adalah salah satu alat media massa. Dalam penggunaannya, terdapat kebaikan dan keburukan. Setiap media massa mempunyai matlamat tersendiri. Televisyen adalah media massa yang sama dengan radio dan akhbar yang mana terdapat kebaikan dan keburukan. Artikel saya akan menerangkan perkara-perkara baik dan buruk tentang televisyen.

Kebaikan televisyen termasuklah rancangan-rancangan yang memberi labih pengetahuan atau informasi. Ia boleh menenangkan fikiran selepas kerja atau belajar untuk jangka masa yang panjang. Di Singapura, kita ada “Channel Teletext” yang melaporkan tentang berita terbaru, keputusan perlawanan bola sepak dan lain-lain lagi. Ia juga merangkumi rancangan-rancangan seperti kartun untuk kanak-kanak, rancangan masakan untuk ibu-ibu atau surirumah atau rancangan sukan untuk remaja-remaja lelaki atau golongan bapa yang gemar menonton rancangan bergelut dan sukan yang berlainan.

Menyentuh tentang keburukan televisyen, pertama sekali, ia membazir tenaga elektrik. Singapura adalah negara yang kecil, kerana itulah, kita harus berjimat kerana kita tidak mempunyai sumber asli. Kita juga boleh terpengaruh pada pelbagai aksi dan perbuatan yang tidak elok. Ini termasuklah subjek yang tidak elok, keputusan loteri yang disiarkan di “Channel Teletext” yang tidak elok. Dari segi kesihatan, menonton terlalu banyak rancangan bolah merosakkan daya penglihatan seperti contoh penyakit miopia. Jika kita tidak menguasai jangka masa untuk menonton televisyen, kita boleh menjadi mangsa ketagihan kepada televisyen. Kita tidak akan menumpukan perhatian kepada perkara-perkara seperti kerja rumah.

Yang tertera di atas hanyalah contoh-contoh tentang kebaikan dan keburukan televisyen. Kita harus berwaspada bahawa setiap media massa ada kebaikan dan keburukannya.


Ditulis Oleh,
Rukhsana Yusoff P6/5

Komentar: Padat dengan isi (contoh & pendapat) Usaha yang baik.

- Cikgu Elmi Zulkarnain


0 Comments:

Post a Comment

<< Home