Wednesday, February 22, 2006

Pengabaian Warga Tua


Pengabaian atau penyisihan warga tua pada masa kini semakin berleluasa. Penghuni rumah warga tua pun turut meningkat bilangannya. Ada beberapa sebab yang menyebabkan ini berlaku.

Salah satu sebab atau puncanya ialah ramai warga muda yang berkerjaya sekarang ini. Oleh sebab terlalu sibuk dengan tugasan masing-masing maka anak-anak ini sering tidak menghiraukan ibu bapa di rumah. Mereka akan keluar bekerja pada waktu pagi mungkin kadang-kadang tidak sempat untuk bersarapan bersama dengan keluarga dan pulangnya pula lewat malam apabila ibu bapa mereka sudah lena tidur. Tiada komunikasi langsung di antara ibu bapa dan anaknya.

Ia mungkin juga berlaku, apabila ibu bapa itu sendiri tidak menghiraukan anaknya sewaktu mereka kecil dan bila anak-anak itu dewasa anak-anak juga turut merasakan ketidak pentingnya ibu bapa kepada kehidupan mereka. Ia juga berlaku kepada anak-anak yang mementingkan diri sendiri yang merasakan ibu bapa ini sebagai beban kepada mereka apalagi jika ibu bapa mereka itu menghidapi penyakit yang berpanjangan.
Waktu ini mereka akan berpendapat yang nasib ibu bapa mereka akan lebih baik dan kesihatan mereka akan terjaga bila ibu bapa mereka berada di rumah warga tua. Tetapi bila warga tua ini sudah berada di rumah tumpangan, mereka akan terus dilupakan oleh anak-anak mereka. Dengan alasan yang mereka terlalu sibuk untuk datang menjenguk.

Kejahilan atau ceteknya pegetahuan agama akan membuat anak-anak lupa daratan. Ia berlaku bila seseorang anak itu sudah boleh berdikari atau sudah mempunyai keluarga sendiri, mereka akan lupa jerih payah orang tua yang membesarkan dan menyekolahkan mereka hingga ke menara gading. Disinilah ibu bapa akan mula tersisih.

Namun saya rasa fenomena ini masih boleh diatasi, ia harus bermula dengan anak-anak ini diasuh dan diterapkan peri pentingnya sesebuah keluarga dari kecil lagi. Ilmu agama juga memainkan peranan yang penting dalam masyarakat kita dan rasanya tanpa restu ibu bapa kehidupan ini tidak akan sempurna. Dari itu janganlah sesekali mengabaikan atau menderhaka kepada ibu bapa, seperti kata pepatah syurga itu di telapak kaki ibu.

Nur Shazleena
P 6/3


Memang tuntas kupasan awak kali ini .. Usaha yang baik, Shazleena ..
- Cikgu Elmi Zulkarnain

2 Comments:

Blogger Jack somboy said...

apalah kesan pengabaian ibubapa....

12:32 PM  
Blogger elie said...

i like this article..

11:16 PM  

Post a Comment

<< Home