Wednesday, February 22, 2006

TV - Kesimpulan Ringkas



Televisyen merupakan suatu alat menerima isyarat penyiaran dan menukarkannya kepada gambar dan juga suara.Perkataan televisyen berasal daripada perkataan β€˜tele’[bererti melihat dalam bahasa Greek] dan β€˜vision’[bererti melihat dalam bahasa Inggeris].Biasanya, sebuah televisyen akan berbentuk seperti kotak .Belum ada lagi sesiapa yang menghasilkan televisyen dengan berbentuk tiga segi atau bulat,leper dan sebagainya.

Pada awalnya,setiap televisyen perlu mempunyai sebuah antenna untuk menerima siaran dari sitem pemancar.Kini isyarat siaran boleh diterima dengan menggunakan kabel atau satelit.

Menonton televisyen secara berlebihan boleh menjejaskan kesihatan badan dan minda akan terganggu. Maka kerana inilah,para doctor sering menasihatkan dan menghadkan tontonan televisyen yang sesuai untuk kanak-kanak hanya satu hingga dua jam sehari.

Malah pada masa kinijuga televisyen masih digunakan sebagai alat utama untuk mengiklankan sesuatu produk selain daripada radio.Selain daripada dijadikan sebuah alat untuk berhibur,melalui televisyen juga kanak-kanak akan mudah terpengaruh dengan pelbagai aksi dan perbuatan yang tidak elok.

Oleh: Siti Nur Sofia Binte Muhammad


P.S Terima kasih kerana memberikan takrif 'TV' itu sekali. Menarik!
- Cikgu Elmi Zulkarnain

2 Comments:

Blogger Amir Rr said...

Macam mana nak baca ni???πŸ˜…πŸ˜• tulisan warna kuning terang .. fix pls

9:01 PM  
Blogger Amir Rr said...

Macam mana nak baca ni???πŸ˜…πŸ˜• tulisan warna kuning terang .. fix pls

9:01 PM  

Post a Comment

<< Home