Wednesday, February 22, 2006

Fenomena Penyisihan Warga Tua

Apa keburukan ibu bapa? Adakah ibu bapamu membuat kesalahan kepadamu? Adakah mereka orang yang kurang baik? Walau apa sahaja pun, mereka adalah ibu bapamu. Jika mereka memarahimu, ia semua akan berfaedah dalam masa yang akan datang.

Tetapi ramai anak yang mengabaikan orang tua mereka. Bilangan ini sudah sampai puncaknya. Apabila mereka menjadi dewasa, mereka meninggalkan ibu bapa untuk berkahwin atau bekerja. Ibu bapa mereka disisihkan sahaja, di rumah atau di rumah tumpangan untuk warga tua.

Ada banyak puncanya. Pertama, mereka hendak mencari duit unuk diri sendiri. Mereka keluar bekerja, meninggalkan kedua-dua orang tuanya yang sudah melanjut usia. Selalunya, anak itu akan bekerja selama sehari dan apabila dia pulang ke rumah, ia sudah waktu malam. Terpaksa dibiar ibu bapa yang tua itu. Walau apa yang merek dapat pun, hanya sedikit dari gaji anak itu.

Kedua, anak-anak itu kurang pendidikan. Mereka akan keluar, untuk bermain atau mengambil dadah dengan kumpulan samseng. Lama-kelamaan, mereka menjadi hanyut. Inilah remaja yang tiada perskolahan, tiada disiplin.

Ketiga, mereka kurang pengetahuan agama. Mereka idak tahu bahawa mereka sepatutnya menghormati ibu bapa mereka. Mereka berfikir bahawa ibu bapa tidak diperlukan lagi, lalu mengabaikan mereka.

Walaupun remaja-remaja dan dewasa muda zaman ini menderhaka kepada ibu bapa mereka, mereka masih ada peluang untuk memperbaiki diri. Hanya masa sedikit shaja untuk menukar akhlak mereka sesampai masanya untuk mereka meninggalkan dunia ini selama-lamanya.

Oleh:
amuhaimin94@hotmail.com

Terima kasih Muhaimin .. Tersentuh dengan artikel anda ..
- Cikgu Elmi Zulkarnain

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Quite an interesting presentation. I am very happy to read this post. Thanks to sharing
How To Rgister a Domain

3:17 PM  

Post a Comment

<< Home