Tuesday, February 21, 2006

-ve / +ve TV - satu penilaian


Televisyen adalah sesuatu ciptaan yang baik. Tetapi, banyak kanak-kanak yang nakal menggunakannya untuk perkara yang salah. Kanak-kanak suka menonton kartun
dan rancangan bolasepak sehingga mengabaikan kerja seharian.

Apa yang membuat televisyen buruk? Kalau ibu bapa meninggalkan anak mereka sendirian apabila mereka bersukaria,
Anaknya itu boleh menonton filem berunsur keganasan seperti rancangan gusti ‘WWE’ yang dilarang kesemua ibu bapa. Anak itu boleh melanggarkan peraturan itu dan terus menonton. Mereka boleh menjadi ganas dan suka berlawan dengan kanak-kanak lain.

Apa yang membuat televisyen baik? Kanak-kanak boleh menonton kartun kegemaran mereka. Mereka pun boleh memuatkan konsol permainan elektronik seperti ‘Playstation, X-box’ untuk bermain di televisyen. Mereka pun boleh menonton cerita-cerita yang berfaedah tentang haiwan-haiwan untuk membuat projek mereka.. kalau kawan-kawannya hendak datang ke rumah, pelayan rumah boleh membukakan cerita-cerita yang terbaik seperti ‘ King Kong, Narnia’. Tetamu pun berasa selesa menontonnya.

Jadi ada kebaikan dan keburukan televisyen. Kami mesti menggunakannya televisyen untuk kebaikan.

Oleh: Iryan 6/8

0 Comments:

Post a Comment

<< Home