Tuesday, February 14, 2006

Artikel - TV (Padah Buruk Baik)


Alat ini digunakan di mana-mana sahaja kecuali di negeri yang amat miskin dan purba sahaja. Setiap hari kamu melihat alat ini. Kamu akan menghidupkannya, lalu duduk sambil merenung di hadapannya. Kamu tidak bergerak, tidak berkata walau sepatah pun, tetapi hanya memandang ke arahnya.

Sesampai ibu menjadi gelisah melihat kamu dalam keadaan begitu.
Hairan? Jangan khuatir. Mesin ini dinamakan televisyen. Ya, kamu pernah melihat alat ini. Ia sebuah kotak yang memancarkan gambar-gambar di skrinnya. Suara-suara dan lagu-lagu pun dapat didengari. Televisyen selalu digunakan untuk hiburan atau informasi. Ada lagi yang cuba mengiklankan produk di siaran televisyen.

Rancangan-rancangan yang terdapat pada televisyen selalunya yang menghiburkan. Di antaranya ialah cerita kartun, komedi, lakonan dan pertandingan. Ada daripada mereka yang amat lucu dan sesuai untuk masa rehat.

Ada pula yang bukan hiburan, tetapi rancangan informasi. Di antara mereka ialah dokumenteri dan penyampaian berita. Mereka menyampaikan maklumat yang berguna dan berfaedah kepada penonton. Mereka memberitahu penonton tentang peristiwa-peristiwa di seluruh dunia.
Konsol permainan pun dapat disambungkan dengan televisyen. Di antara mereka ialah Playstation dan Xbox. Pengguna dapat bermain secara langsung melalui televisyen. Skrinnya pun lebih besar daripada computer dan system bunyian lebih bagus. Banyak faedahnya.

Malangnya, televisyen ada keburukannya. Pada zaman ini, banyak rancangan yang disiarkan di televisyen menunjukkan perkara yang tidak senonoh untuk dilihat atau didengar. Mereka mengajar perkara yang kurang baik kepada kanak-kanak zaman in dan harus diperhatikan.

Oleh: Abdul Muhaimin (P6 GEP)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home