Monday, February 06, 2006

Mengambil Dadah atau Padah Darah



Mengambil Dadah atau Padah Darah

Aku menyesal dengan apa yang telah aku lakukan. Mengapa aku sanggup perlakukan keluargaku seperti itu? Sambil memandang ke arah laut luas,aku teringat masa lampauku,di mana aku menjadi hamba dadah.

Aku terjumpa dengan sekumpulan samseng di lorong gelap. Aku menggunakan lorong gelap tersebut untuk berjalan balik ke rumahku. Salah satu anggota kumpulan samseng itu mengajak aku memasuki kumpulan mereka selepas dia bercakap dengan aku. Aku rasakan yang dia adalah ketua kumpulan tersebut. Dia berjanji dengan aku bahawa kumpulannya akan memberi aku perlindindungan,duit dan dadah.

Aku teringin sangat memasuki kumpulan itu apabila aku mendengarkan barang-barang yang mereka akan memberi aku. Aku pun bersetuju untuk memasuki kumpulan itu. Pendapatan aku tiga ribu dolarsetiap minggu. Aku berasa gembira .Aku juga menjual cd cetak rompak setiap Sabtu dan Ahad atau selepas sekolah. Mereka juga melindungi aku apabila seorang budak dari sekolah menganggu aku. Ketua kumpulanku menggalakkan aku makan dadah.Pada malangnya,aku hanya menghisap dadah secara sedikit tetapi malangnya aku ketagih dengan dadah itu hari demi hari.

Hidupku terumbang-ambing. Disebabkan ketagihanku,aku terpaksa mencari wang daripada keluarga dan kawan-kawanku hanya untuk membeli dadah. Ibuku akhirnya mendapat tahu hal yang sebenarnya aku seorang penagih dan pencuri,ibu terus menghantarku ke pusat pemulihan dadah.

Aku mengambil masa selama satu tahun untuk pulih. Selepas aku dibebaskan,aku juga dilepaskan dari kumpulan samseng yang pernah aku masuk dahulu. Aku lebih gembira sekarang membuat kerja sukaraelawan di pusat pemulihan dadah.


Zafirah D/O Razali S Para Raja Singham

0 Comments:

Post a Comment

<< Home