Friday, February 17, 2006

Pro Atau Anti Televisyen?


Hampir semua orang di dunia ini suka menonton televisyen tanpa mengira masa.Golongan yang paling minat menonton televisyen ialah golongan kanak-kanak.Menonton televisyen banyak memberikan faedah dan juga keburukan.


Televisyen banyak memberi faedah kepada kita seperti informasi dan pengajaran.Rancangan-rancangan seperti dokumenteri dan berita boleh meluaskan ilmu pengetahuan kita.Televisyen juga boleh memberi kita hiburan.Rancangan-rancangan hiburan seperti komedi dan kartun boleh menenangkan minda kita selepas penat pulang dari sekolah atau kerja.


Menonton televisyen boleh mengganggu kesihatan badan,minda dan mata kita apabila kita menonton televisyen pada waktu yang sangat lama.Cara sedemikian,badan dan mata kita sentiasa terasa penat dan letih.Menonton televisyen juga mempengaruhi penonton dan segi rancangan-rancangan yang disediakan.Antara rancangan-rancangan yang senang dipengaruhi seperti cerita lasak,rancangan reality dan rancangan komedi.
Menonton televisyen pada waktu yang lama juga boleh mengganggu ketenteramaan penonton dan membuat penonton tergam di hadapan televisyen sepanjang hari.


Dari itu menonton televisyen perlu diawasi oleh ibu bapa supaya anak-anak sentiasa menonton rancangan yang sesuai harus mengamalkan menonton televisyen hanya satu jam sehingga dua jam sekali supaya kesihatan badan,minda dan mata tidak terganggu.



Ditulis oleh Zafirah 6/5
P.S Satu ulasan artikel yang baik.

Bagus Zafirah. – Cikgu Elmi Zulkarnain

0 Comments:

Post a Comment

<< Home