Selalunya .. Ibu
Selalunya, ibuku akan menghantar dan mengambilku dari sekolah. Tetapi pada hari itu, ibuku tidak datang untuk mengambilku. Namun begitu, dia telah menelefon telefon bimbitku untuk pulang ke rumah sendiri. Aku terpaksa berjalan pulang dengan kerisauan.
Sesampai aku di rumah, aku terpandang ibuku yang terbaring di sofa. Dia keihatan letih. Wajahnya kelihatan sedikit pucat. Aku memanggilnya.
“Bu…” Dia menoleh ke arah ku.
“Li, bu sudah penat bekerja. Li pergi membuat kerja sekolah dahulu. Nanti ibu akan menyiapkan makanan.” Aku melangkah ke bilikku. Kasihan ibu. Dia pasti akan sembuh. Tetapi aku masih berasa risau.
Malangnya, kerisauanku menjadi kebetulan. Setiap hari, ibu menjadi lebih penat dan dahinya juga berasa panas. Dia tidak mampu untuk membuat kerja rumah lagi. Aku terfikir ayah. Bilakah tiba harinya apabila dia akan pulang dari majikannya di Australia? Aku tidak tahu apa yang hendak dibuat.
Mujurlah, sebuah klinik terletak tidak jauh dari rumah kami. Aku terpaksa membawa ibu ke klinik itu dengan segera. Aku mendapatkan nombor lalu duduk di tempat duduk yang tersedia di situ.
Aku pulang dengan ibu dengan hati yang berat. Doktor telah berkata bahawa ibu diserang penyakit yang serius dan akan mengambil masa lebih seminggu untuk sembuh. Aku hanya dapat menggeleng-gelengkan kepala.
Tidak terfikir aku akan ditimpa nasib sebegitu. Selama seminggu aku terpaksa menolongnya memakan ubat dan membuat kerja rumah. Dia hanya dapat terbaring sahaja di atas katil.
Lama-kelamaan, dia pula dan kelihatan semakin sihat. Badannya menjadi lebih kuat. Dia mula membuat kerja rumah seperti biasa. Aku berasa gembira kerana ibuku sudah sembuh. Tidak tahulah apa yang akan terjadi jika tidak.
Abdul Muhaimin 6/11 (GEP)
Komentar: Semakin matang isi cerita dan pemilihan kata anda Muhaimin. Terus berusaha.
- Cikgu Elmi Zulkarnain
0 Comments:
Post a Comment
<< Home