Wednesday, March 22, 2006

Ibuku Tersayang ...

Aku menjadi begitu gelisah bila sudah hampir tiga jam lebih ibu tidak pulang dari pasar. Hatiku yang bimbang mengatakan adakah mungkin sesuatu yang tidak diingini berlaku pada ibu. Fikiranku melayang terus memikirkan ibu namun aku tetap berdoa agar dirinya dijauhkan dari segala malapetaka. Lamunanku terhenti dikejutkan dek deringan telefon. Jantungku bagaikan berhenti berdegup bila diberitahu yang ibu telah ditimpa kemalangan sewaktu pulang dari pasar.

Dalam masih aku terpinga-pinga pintu rumahku pula diketuk, bila aku buka ada dua orang pegawai polis yang juga memberitahu tentang ibu. Mereka menyuruhku menjenguk ibuku yang sedang berada di hospital. Aku memberitahu mereka bahawa aku harus menelefon bapaku yang sedang bekerja untuk projek terbesar yang mereka baru terima di Australia. Aku mengangkat gagang telefon dengan hati yang pilu. Aku menghubungi bapa tetapi tiada jawapan.Hatiku menjadi lebih resah. Aku cuba menghubungi bapa beberapa kali tetapi ia masih tidak dijawab.
Aku bercadang untuk melawat ibu dahulu.
Aku menaiki kereta polis untuk pergi ke hospital. Air mataku menitis tanpaku sedari. Jika aku boleh memutar masa aku ingin melakukannya tetapi ini semua adalah khayalan bukan sesuatu realiti.Tanpaku sedari,kami sudah tiba di hospital. Mereka membawaku ke bilik ibu. Aku berasa begitu sayup melihat keadaan ibu yang terlantar kaku di atas katil namun aku tetap bersyukur kerana ibu masih di sisiku. Rumahku sungguh sunyi apabila ibu dan bapaku tidak berada di rumah.
Hari ini adalah hari ibu dibenarkan pulang setelah berada di hospital untuk dua minggu.Aku sungguh gembira kerana kesunyianku akan berakhir kini. Aku pergi ke hospital dengan menaiki teksi menggunakan duit simpananku untuk menjemput ibu pulang. Apabila aku menjemput ibu, di mukanya terpampang satu senyuman yang manis tetapi aku tahu itu semua adalah hanya luaran.Di dalam dia sedang menderita menahan sakit. Aku hendak menangis tetapi ku tahan kerana aku tahu yang jika aku menangis ibu akan berasa bersalah.
Aku membawa ibu pulang menaiki bas kerana aku mahu mengelakkan ibu merasa curiga dan aku ingin ibu berehat supaya dia boleh sembuh dengan lebih cepat. Aku menjaga ibu dengan baik dan lama-kelamaan badan ibu semakin kuat dan kecederaannya sudah semakin pulih. Walaupun ibu sakit, rumah kami masih ada gelak-ketawa dan gurau-gurauan. Aku tahu penat lelahku tidak disia-siakan.
Aku berasa lebih gembira apabila ayah pulang daripada Australia. Aku dimarahi oleh ayah kerana aku tidak memberitahunya tentang apa yang telah berlaku ke atas ibu. Aku memberitahunya yang aku cuba menghubunginya tetapi tiada jawapan.A yah berasa amat bangga atas perbuatanku terhadap ibu tanpa pertolongan sesiapa pun.
Nur Shazleena 6/3
Sekolah Rendah St. Hilda's, Singapura

Komentar Guru: Saya amat bangga dengan prestasi anda. Penulisan anda semakin baik dan konsisten. Syabas.

- Ikhlas (Cikgu Elmi Zulkarnain)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home