Sinopsis Apa Salahku…
Abdul Muhaimin b Abdul Rahman Kelas: 6/11 Sekolah Rendah St Hilda's
Sinopsis Apa Salahku…
Bahagian 1
Rizana memasuki bilik aku lalu memintaku menolongnya dengan kerja sekolahnya. Aku setuju. Semasa diajar, Rizana ternampak mukaku yang muram. Apabila ditanya, aku hanya mengarahnya untuk pergi.
Pada tengah hari, aku menyediakan makanan tengah hari kerana aku gemar ke dapur. Aku mengajak ibu untuk makan tetapi dia menolak ajakanku. Aku pun mengajak Kak Ennie untuk makan tetapi jawapannya pun sama. Aku berasa serba salah kerana keluargaku berkelakuan seperti begitu. Aku terus manuju ke bilik tidur lalu menangis.
Suatu petang, ramai tetamu datang bertandang ke rumahku. Ibu bapa berasa mesra sekali. Aku tahu pasti ada sesuatu yang bermakna berlaku. Tetapi tidak dapat ku mencari jawapan.
Ketika makan malam hari itu, ibu mengumumkan kepada Ennie bahawa dia telah membuat sebuah keputusan tentang Ennie yang amat penting.
***TAMAT BAHAGIAN 1***
0 Comments:
Post a Comment
<< Home