Satu Pengorbanan - Nur Shazleena Johari
"Petang tadi, ibu, ayah, Puan Maria dan Encik Murad bercadang menjodohkan kau dengan anak mereka si Aimi.Kami telah pun menetapkan tarikh perkahwinan kau yang akan berlangsung pada bulan Ogos nanti.Nampaknya terpaksalahkita bersiap sedia dari sekarang."Senyuman ibu terukir manis sekali setelah bicara dilafazkan Kak Ennie pula bagaikan dipanah hali lintar.Terkedu sebentar tanpa sebarang bicara.Tiba-tiba Kak Ennie menyinga.
"Kenapa tak beri peluang pada Ennie memilih sendiri jodoh Ennie?Ennie tak setuju dengan pilihan ibu dan ayah."Lalu Kak Ennie berlari ke biliknya tanpa menjamah sedikit pun makanan pada malam itu.
"Ibu,ibu tak boleh paksa Kak Ennie untuk mnerima jodoh ini.Berilah dia peluang untuk memilih calon suaminya sendiri.Bincanglah semula dengannya."Aku sekadar memberi pandangan manakala ibu menjeling tajam ke arahku bagai hendak telan aku lagaknya.Sekali lagi aku kecewa dengan sikap ibu.
Tiba masanya, rumah banglo tingkat ini begitu sibuk menjalankan tugas masing-masing. Tetapi alangkah kecewanya ibu melihat Kak Ennie tiada di biliknya. Ibu memnta aku menggantikan tempat Kak Ennie untuk menutup malu yang mereka tanggung. Hatiku menangis, terhiris pilu dengan sikap Kak Ennie. Kerana dia aku pula terpaksa menanggung bebanan ini.
Beberapa bulan selepas pernikahanku, aku menerima sepucuk warkah dari ibu sebelum dirinya berangkat ke tanah suci makah.
Diriku menjadi kebenciannya kerana aku dilahirkan bermata juling itik. Kecacatan ini membuatkan ibu malu apabila diriku sering dijadikan bahan guraun oleh rakan-rakan ibu yang sering mengunjung ke rumah kami. Namun ibu tidak menjangka anak yang dibenci sejak dahulu telah pun menyelamatkan maruah keluarga daripada anak yang sering menjadi kebanggaannya.
Ternyata pengorbananku tidak sia-sia kerana aku bahagia disamping suamiku. Syukur Alhamdulillah..
Nur Shazleena Johari
0 Comments:
Post a Comment
<< Home