Saturday, April 15, 2006

Kepentingan Air


– Artikel oleh Abdul Muhaimin

Air amat penting dalam hidup kita. Kita meminumnya untuk melepaskan dahaga. Ia penting untuk semua binatang, tumbuh-tumbuhan, dan kesemua kehidupan di dunia ini. Kita memerlukan air kerana tubuh kita mempunyai tujuh-puluh lima peratusan air. Jika air itu tiada lagi, sel-sel di dalam badan kita akan menjadi kering lalu mati. Begitulah kepentingan air untuk kita.

Sumber air kita dicemari setiap hari. Adakalanya manusia membuang sampah ke dalam sungai dan kolam pertakungan air. Sisa-sisa makanan, botol, berkas, dan lain-lain lagi termasuk ke dalam sumber air kita. Walaupun proses untuk membersihkan air yang kotor ini sudah direka, ia lebih susah jika air itu terlalu kotor.

Kita juga perlu menjimatkan air kerana sumber air tidak selalunya akan berterusan. Kita menjimat air dengan tidak menggunakannya dengan terlalu boros. Satu cara untuk menjimat air ialah apabila sedang membasuh pinggan, kita tidak perlu membuka air terlalu banyak tetapi ia hanya perlu sedikit sahaja. Apabila sedang membubuh sabun di atas pinggan, air tidak perlu mengalir dari pili dengan sekuat-kuatnya. Lebih bagus jika pili itu tidak dibuka airnya.

Kita mesti menjimatkan air, tetapi dari manakah asal air itu? Ia datang dari empat sumber, yang dinamakan Pili Air Singapura yang Utama. Yang pertama ialah air yang diimpot. Air ini dibeli daripada negara lain seperti Johor Bahru yang sekarang merupakan penjual air kepada Singapura yang utama.

Sumber yang kedua ialah kolam pertakungan air. Apabila hujan, air akan bertakung di sini. Air ini akan diproses lalu boleh diminumnya. Ia akan disalurkan ke semua kawasan perumahan di Singapura.

Sumber yang ketiga ialah NEWater. Ia dibuat dengan mengambil air yang kotor lalu memproseskannya. Selepas diproses dalam beberapa mesin, air yang kotor ini akan menjadi lebih jernih daripada air hujan, boleh diminumnya juga.


Sumber yang keempat ialah air laut. Air laut amat bergaram dan tidak selesa untuk diminum. Oleh kerana itu, air laut dipanaskan sehingga menjadi wap. Garam itu ditinggalkan sahaja. Wap ini disejukkan supaya ia menjadi air semula. Air ini jernih kerana semua garam sudah di tinggalkan.

Semua air ini digunakan untuk banyak kegunaan. Selain daripada diminum, air boleh digunakan untuk rekreasi. Berenang dan belayar adalah contoh-contoh rekreasi yang boleh dilakukan dalam dan di atas air. Air juga boleh digunakan untuk membasuh sesuatu. Baju, pinggan, dan juga lantai boleh di basuh dan dibersihkan dengan air.n apa sahaja boleh dibasuh dengan air kecuali barang-barang elektrik.

Begitulah kepentingan air dalam negara kita ini. Semoga semua manusia akan mengetahui kepentingan air, kegunaannya, dan cara untuk menjimatkannya.

Komentar Cikgu: Baik sungguh susunan isi anda. Walaupun ada kesilapan Bahasa yang sudah saya baiki, keseluruhannya memuaskan. Terima kasih Muhaimin.

Maldives Impianku - Oleh Nur Shazleena


Laut yang airnya bagai kristal yang hanya dipisahkan oleh jaluran pantai memutih. Keindahan pantai yang sungguh mengkagumkan. Air laut begitu jernih hingga dapat melihat batu-batu karang di dalamnya. Itulah Maldives.

Maldives terdiri dari 26 gugusan pulau-pulau kecil. Saya ingin sekali lihat gugusan pulau-pulau ini dari atas pesawat, melakukan kegiatan snorkeling dan juga melawat dari satu pulau ke pulau yang lain atau ‘island hopping’. Tidak lupa, memancing hidangan sendiri dan menyertai pelayaran dalam ‘glass bottom boat’ untuk menyaksikan dari dekat khazanah dasar laut Maldives.

Dengan keluasan 300km persegi dan penduduk seramai lebih kurang 400,000, tentu saja pulau ini tidak akan begitu sibuk seperti di sini. Tambahan lagi pula penduduk yang mendiami pulau ini semuanya beragama Islam. Dari itu makanan halal tidak akan menjadi masalah dan cuacanya pula adalah seperti S’pura.

Insyaallah, saya akan jadikan impian ini satu kenyataan. Menikmati dan menyaksikan kesemua keindahan semulajadi di kepulauan Maldives....

Komentar Cikgu Elmi: Mungkin boleh diperluaskan lagi isinya. Bahasa agak baik. Terus berusaha Shazleena.

Monday, April 10, 2006

SUNGAI SINGAPURA - Nadiah Tamrin


SEJARAH:
Sungai Singapura amat terkenal dengan sejarahnya. Pada tahun 1819, Sungai Singapura merupakan pusat perdagangan yang sibuk. Patung Merlion yang pertama kali telah dirancang pada tahun 1964. Ia setinggi 8.6 meter dan seberat 70 ton . Pada tahun 1970, Sungai Singapura tidak dapat lagi menampung industri pelabuhan iaitu ~ pelabuhan Keppel . Encik Lee Kuan Yew mahu membersihkan Sungai Singapura pada tahun 1977.


BAGAIMANA SUNGAI SINGAPURA DIBERSIHKAN:
Kilang yang kenal pasti membawa pencemaran di sepanjang sungai dipindahkan ke kawasan khas perindustrian. Mereka membuang lebih dari 200 tan sampah dari sungai. Mereka juga menaikkan taraf lorong pejalan kaki di sepanjang sungai.Tidak melupakan untuk meletakkan pasir untuk dijadikan pantai rekreasi sungai.


PENCEMARAN:
Sebelum dibersihkan sungai itu terdapat pencemaran sisa kimia dari kilang yang dibuang oleh manusia. Ia juga dipenuhi sampah sarap serta bahan- bahan buangan manusia.


KESAN TINDAKAN:
Air sungai lebih bersih dan jernih dan kegiatan sukan dan rekreasi air semakin meningkat. Pembabitan pemerintah pusat dan rakyat memastikan kerja pembersihan berterusan.

Komentar:
Terima Kasih Nadiah Tamrin kerana menulis artikel yang baik ini. Awak memang ada potensi. Syabas.
Ikhlas:
Cikgu Elmi Zulkarnain

Saturday, April 08, 2006

Morocco - Destinasi Impianku


Cuaca adalah satu faktor yang penting bagai memilih destinasi pelancongan. Jika tempat yang ingin dikunjungi sering dilanda ribut taufan seperti di Kansas, kamu mungkin tidak akan cuba pergi ke situ. Pada pendapat saya, tempat yang patut dikunjungi mesti bermatahari bukan yang selalu mendung atau hujan. Walaupun bermatahari, tempat itu juga mesti ada hujan dan berangin. Jika tidak, tempat itu seperti padang pasir sahaja. Tetapi kalau tempat itu juga ada padang pasir untuk mencantikkan persekitarannya, dengan pantai, dan cuaca yang menyelesakan, ia pasti akan menjadi tempat yang amat disukai untuk dikunjungi.
Contohnya ialah Morocco. Dengan padang pasirnya yang luas seperti lautan, dengan pantainya yang jernih, dengan udara yang nyaman dan bangunan-bangunan yang besar. Ia juga mempunyai gunung yang tinggi dengan puncaknya bersalji. Banyak daripada bangunannya putih-putih belaka sementara pintu dan kubahnya biru seperti langit dan laut.
Ada banyak tempat di dalam Morocco yang menarik hatiku. Casablanca, tempat penting ekonomi Morocco, adalah ibu negeri Morocco. Ia mempunyai bilangan penduduk yang paling tinggi di Morocco. Dengan bangunannya yang canggih dan berwarna-warni, serta lampu kelap-kelip yang terang, ia pasti sesuatu tempat yang patut dikunjungi.
Begitulah tempat idaman yang hendak aku kunjungi. Aku akan cuba melancong ke situ pada masa hadapan.

Abdul Muhaimin

Komentar Guru: Banyak kesilapan struktur ayat dan penggunaan bahasa yang kurang memuaskan. Tertera di atas merupakan hasil pembetulan guru.

SYF 06' Malay Dance - Silver




Tahniah kepada Kumpulan Putra-Putri Seni Sekolah Rendah St. Hilda's kerana meraih pingat perak dalam pertandingan SYF (Singapore Youth Festival) 2006. Syabas Cikgu Norashida Achik dan Cikgu Siti Norafizah.

Komentar: Wah, anggun dan tampan pelajar serta guru St. Hilda's ..! Ikhlas tau!

CONGRATS!!!

Ikhlas: Elmi Zulkarnain