Wednesday, March 29, 2006
Tuesday, March 28, 2006
PENYAKIT
Oleh: Abdul Muhaimin b Abdul Rahman
Penyakit ialah keadaan yang tidak normal atau tidak selesa dalam badan kita. Apa sahaja yang tidak menyempurnakan atau tidak berfungsi seperti biasa boleh dianggapi sebagai penyakit tetapi mereka boleh dibezakan.
Penyakit ada banyak puncanya. Pathologi merupakan pengkajian penyakit. Hal ehwal penyakit dinamakan nosologi. Pengetahuan tentang penyakit dan rawatannya dikenali sebagi perubatan.
Penggunaan perubatan dahulu ada sebabnya. Sindrom pula berlaku serentak dengan simptomnya. Apa sahaja yang menunjukkan simptom akan dikenali sebagai penyakit. Anggapan penyakit selalunya akan ditimbangkan oleh masyarakat. Sebagai contoh, di Amerika Syarikat mereka lebih menganggap rendah dan kegemukan sebagai penyakit dan mereka menganggap homoseksual kurang sebuah penyakit. Masyarakat Amerika Syarikat juga mengenali apa sahaja pun sebagai penyakit. Yang menghairankan, pada zaman dahulu mereka tidak berfikir seperti begitu.
Kadangkala, sesuatu penyakit dikenali oleh kerana masyarakat atau ekonomi yang luas. Kejutan letupan dan pasca trauma merupakan proses dipolitikkan di Amerika Syarikat, dan pergerakan berulang dipolitikkan di Australia.
Wednesday, March 22, 2006
Ibuku Tersayang ...
Aku menjadi begitu gelisah bila sudah hampir tiga jam lebih ibu tidak pulang dari pasar. Hatiku yang bimbang mengatakan adakah mungkin sesuatu yang tidak diingini berlaku pada ibu. Fikiranku melayang terus memikirkan ibu namun aku tetap berdoa agar dirinya dijauhkan dari segala malapetaka. Lamunanku terhenti dikejutkan dek deringan telefon. Jantungku bagaikan berhenti berdegup bila diberitahu yang ibu telah ditimpa kemalangan sewaktu pulang dari pasar.
Dalam masih aku terpinga-pinga pintu rumahku pula diketuk, bila aku buka ada dua orang pegawai polis yang juga memberitahu tentang ibu. Mereka menyuruhku menjenguk ibuku yang sedang berada di hospital. Aku memberitahu mereka bahawa aku harus menelefon bapaku yang sedang bekerja untuk projek terbesar yang mereka baru terima di Australia. Aku mengangkat gagang telefon dengan hati yang pilu. Aku menghubungi bapa tetapi tiada jawapan.Hatiku menjadi lebih resah. Aku cuba menghubungi bapa beberapa kali tetapi ia masih tidak dijawab.
Aku bercadang untuk melawat ibu dahulu.
Aku menaiki kereta polis untuk pergi ke hospital. Air mataku menitis tanpaku sedari. Jika aku boleh memutar masa aku ingin melakukannya tetapi ini semua adalah khayalan bukan sesuatu realiti.Tanpaku sedari,kami sudah tiba di hospital. Mereka membawaku ke bilik ibu. Aku berasa begitu sayup melihat keadaan ibu yang terlantar kaku di atas katil namun aku tetap bersyukur kerana ibu masih di sisiku. Rumahku sungguh sunyi apabila ibu dan bapaku tidak berada di rumah.
Hari ini adalah hari ibu dibenarkan pulang setelah berada di hospital untuk dua minggu.Aku sungguh gembira kerana kesunyianku akan berakhir kini. Aku pergi ke hospital dengan menaiki teksi menggunakan duit simpananku untuk menjemput ibu pulang. Apabila aku menjemput ibu, di mukanya terpampang satu senyuman yang manis tetapi aku tahu itu semua adalah hanya luaran.Di dalam dia sedang menderita menahan sakit. Aku hendak menangis tetapi ku tahan kerana aku tahu yang jika aku menangis ibu akan berasa bersalah.
Aku membawa ibu pulang menaiki bas kerana aku mahu mengelakkan ibu merasa curiga dan aku ingin ibu berehat supaya dia boleh sembuh dengan lebih cepat. Aku menjaga ibu dengan baik dan lama-kelamaan badan ibu semakin kuat dan kecederaannya sudah semakin pulih. Walaupun ibu sakit, rumah kami masih ada gelak-ketawa dan gurau-gurauan. Aku tahu penat lelahku tidak disia-siakan.
Aku berasa lebih gembira apabila ayah pulang daripada Australia. Aku dimarahi oleh ayah kerana aku tidak memberitahunya tentang apa yang telah berlaku ke atas ibu. Aku memberitahunya yang aku cuba menghubunginya tetapi tiada jawapan.A yah berasa amat bangga atas perbuatanku terhadap ibu tanpa pertolongan sesiapa pun.
Nur Shazleena 6/3
Sekolah Rendah St. Hilda's, Singapura
Komentar Guru: Saya amat bangga dengan prestasi anda. Penulisan anda semakin baik dan konsisten. Syabas.
- Ikhlas (Cikgu Elmi Zulkarnain)
Komentar Guru: Saya amat bangga dengan prestasi anda. Penulisan anda semakin baik dan konsisten. Syabas.
- Ikhlas (Cikgu Elmi Zulkarnain)
Friday, March 10, 2006
Selalunya .. Ibu
Selalunya, ibuku akan menghantar dan mengambilku dari sekolah. Tetapi pada hari itu, ibuku tidak datang untuk mengambilku. Namun begitu, dia telah menelefon telefon bimbitku untuk pulang ke rumah sendiri. Aku terpaksa berjalan pulang dengan kerisauan.
Sesampai aku di rumah, aku terpandang ibuku yang terbaring di sofa. Dia keihatan letih. Wajahnya kelihatan sedikit pucat. Aku memanggilnya.
“Bu…” Dia menoleh ke arah ku.
“Li, bu sudah penat bekerja. Li pergi membuat kerja sekolah dahulu. Nanti ibu akan menyiapkan makanan.” Aku melangkah ke bilikku. Kasihan ibu. Dia pasti akan sembuh. Tetapi aku masih berasa risau.
Malangnya, kerisauanku menjadi kebetulan. Setiap hari, ibu menjadi lebih penat dan dahinya juga berasa panas. Dia tidak mampu untuk membuat kerja rumah lagi. Aku terfikir ayah. Bilakah tiba harinya apabila dia akan pulang dari majikannya di Australia? Aku tidak tahu apa yang hendak dibuat.
Mujurlah, sebuah klinik terletak tidak jauh dari rumah kami. Aku terpaksa membawa ibu ke klinik itu dengan segera. Aku mendapatkan nombor lalu duduk di tempat duduk yang tersedia di situ.
Aku pulang dengan ibu dengan hati yang berat. Doktor telah berkata bahawa ibu diserang penyakit yang serius dan akan mengambil masa lebih seminggu untuk sembuh. Aku hanya dapat menggeleng-gelengkan kepala.
Tidak terfikir aku akan ditimpa nasib sebegitu. Selama seminggu aku terpaksa menolongnya memakan ubat dan membuat kerja rumah. Dia hanya dapat terbaring sahaja di atas katil.
Lama-kelamaan, dia pula dan kelihatan semakin sihat. Badannya menjadi lebih kuat. Dia mula membuat kerja rumah seperti biasa. Aku berasa gembira kerana ibuku sudah sembuh. Tidak tahulah apa yang akan terjadi jika tidak.
Abdul Muhaimin 6/11 (GEP)
Komentar: Semakin matang isi cerita dan pemilihan kata anda Muhaimin. Terus berusaha.
- Cikgu Elmi Zulkarnain
Wednesday, March 08, 2006
Televisyen - Alat Media Massa
Televisyen adalah salah satu alat media massa. Dalam penggunaannya, terdapat kebaikan dan keburukan. Setiap media massa mempunyai matlamat tersendiri. Televisyen adalah media massa yang sama dengan radio dan akhbar yang mana terdapat kebaikan dan keburukan. Artikel saya akan menerangkan perkara-perkara baik dan buruk tentang televisyen.
Kebaikan televisyen termasuklah rancangan-rancangan yang memberi labih pengetahuan atau informasi. Ia boleh menenangkan fikiran selepas kerja atau belajar untuk jangka masa yang panjang. Di Singapura, kita ada “Channel Teletext” yang melaporkan tentang berita terbaru, keputusan perlawanan bola sepak dan lain-lain lagi. Ia juga merangkumi rancangan-rancangan seperti kartun untuk kanak-kanak, rancangan masakan untuk ibu-ibu atau surirumah atau rancangan sukan untuk remaja-remaja lelaki atau golongan bapa yang gemar menonton rancangan bergelut dan sukan yang berlainan.
Menyentuh tentang keburukan televisyen, pertama sekali, ia membazir tenaga elektrik. Singapura adalah negara yang kecil, kerana itulah, kita harus berjimat kerana kita tidak mempunyai sumber asli. Kita juga boleh terpengaruh pada pelbagai aksi dan perbuatan yang tidak elok. Ini termasuklah subjek yang tidak elok, keputusan loteri yang disiarkan di “Channel Teletext” yang tidak elok. Dari segi kesihatan, menonton terlalu banyak rancangan bolah merosakkan daya penglihatan seperti contoh penyakit miopia. Jika kita tidak menguasai jangka masa untuk menonton televisyen, kita boleh menjadi mangsa ketagihan kepada televisyen. Kita tidak akan menumpukan perhatian kepada perkara-perkara seperti kerja rumah.
Yang tertera di atas hanyalah contoh-contoh tentang kebaikan dan keburukan televisyen. Kita harus berwaspada bahawa setiap media massa ada kebaikan dan keburukannya.
Ditulis Oleh,
Rukhsana Yusoff P6/5
Kebaikan televisyen termasuklah rancangan-rancangan yang memberi labih pengetahuan atau informasi. Ia boleh menenangkan fikiran selepas kerja atau belajar untuk jangka masa yang panjang. Di Singapura, kita ada “Channel Teletext” yang melaporkan tentang berita terbaru, keputusan perlawanan bola sepak dan lain-lain lagi. Ia juga merangkumi rancangan-rancangan seperti kartun untuk kanak-kanak, rancangan masakan untuk ibu-ibu atau surirumah atau rancangan sukan untuk remaja-remaja lelaki atau golongan bapa yang gemar menonton rancangan bergelut dan sukan yang berlainan.
Menyentuh tentang keburukan televisyen, pertama sekali, ia membazir tenaga elektrik. Singapura adalah negara yang kecil, kerana itulah, kita harus berjimat kerana kita tidak mempunyai sumber asli. Kita juga boleh terpengaruh pada pelbagai aksi dan perbuatan yang tidak elok. Ini termasuklah subjek yang tidak elok, keputusan loteri yang disiarkan di “Channel Teletext” yang tidak elok. Dari segi kesihatan, menonton terlalu banyak rancangan bolah merosakkan daya penglihatan seperti contoh penyakit miopia. Jika kita tidak menguasai jangka masa untuk menonton televisyen, kita boleh menjadi mangsa ketagihan kepada televisyen. Kita tidak akan menumpukan perhatian kepada perkara-perkara seperti kerja rumah.
Yang tertera di atas hanyalah contoh-contoh tentang kebaikan dan keburukan televisyen. Kita harus berwaspada bahawa setiap media massa ada kebaikan dan keburukannya.
Ditulis Oleh,
Rukhsana Yusoff P6/5
Komentar: Padat dengan isi (contoh & pendapat) Usaha yang baik.
- Cikgu Elmi Zulkarnain
Monday, March 06, 2006
Seganang Rindu Buat Nonoi
Kemungkinan resah cuba disembunyi
Dari gemintang malam sibuk membakar
Hingga senja menyelubungi pagi
Setelah ratusan pergi mencari
Dengan harapan dirimu selamat kembali
Namun akhirnya,
Kita bersemuka dengan kenyataan
Yang pedih menggigit hati
Nonoi tiada lagi!
Tangis, tangis air mata mencurah
Mengapa?
Angin turut bertiup kehangatan luka
Takdir hidup ajalmu awal tiba
Pemergianmu disambut hiba
Belum puas rasanya kau bermimpi
Bertatih berjalan memijak bumi
Detik akhirmu merenung ngeri
Ribuan simpati terhimpun doa
Keluhan cuba direda
Hikmah disebalik kejam peristiwa
Tidurlah yang amat dirindui
Dunia kau tinggalkan
Syurgawi menanti
Elmi Zulkarnain
050306
Buat: Allahyarhamha Nurasyura M. Fauzi (Nonoi)