Friday, August 11, 2006

Lawatan ke Rumah anak-anak yatim Darul Ma’wa



Darul Ma’wa Jamiyah

Lawatan ke rumah anak-anak yatim Darul Ma’wa adalah suatu kenangan yang saya tidak akan lupakan. Pada 28 Julai 2006, hari Jumaat, beberapa orang murid darjah 5 dan 6 telah pergi melawati rumah anak-anak yatim di sana. Objektif kami ke sana adalah untuk menyedari akan kepentingan kasih sayang ibu bapa kerana pada zaman sekarang, ramai kanak-kanak and remaja-remaja yang mengambil kesempatan daripada kasih sayang ibu bapa meraka. Kami diberitahu bahawa penghuni rumah tersebut mempunyai kasih sayang kawan, guru,orang awam tetapi kekurangan kasih sayang ibu bapa.

Sebagai tanda penghargaan di atas undangan mereka, kami semua mengumpulkan wang tunai dan beberapa kotak biskut dan makanan-makanan ringan yang dibalut dengan kertas balut yang berwarna-warni. Kami bersyukur kerana para ibu bapa dan guru-guri sudi membantu dalam pungutan derma buat Darul Ma’wa. Rumah itu mempunyai 75 hingga 80 penghuni yang berumur 4 hingga 18 tahun.

Kami juga dibawa di sekeliling rumah itu. Ada beberapa kemudahan yang disediakan seperti komputer yang rata skrinnya. Di kantin mereka ada sebuah piano. Kami juga berpeluang mendengar adik Riduan yang berumur 8 tahun memainkan dua buah lagu di piano untuk kita. Dia mampu bermain tanpa diajar oleh sesiapa. Memang mengkagumkan.

Saya mempelajari tentang kepentingan kasih sayang ibu bapa dan mengapa kita harus menghargai mereka. Saya juga diberitahu yang anak-anak yatim tidak perlu simpati orang ramai. Sekali lagi saya mengatakan bahawa lawatan ini adalah suatu renungan.

Renungan:
Rukhsana P6/5

Lawatan ke Rumah Anak-anak Yatim Darul Ma'wa




Pelajar darjah enam dan beberapa pelajar darjah lima telah mengumpul beberapa hadiah dan wang tunai sebagai buah tangan untuk lawatan kami ke sana pada 28 Julai 2006. Ketibaan kami telah disambut oleh Pengetua rumah anak-anak yatim itu yang dikenali sebagai abang Sufian yang juga seorang anak yatim.


Abang Sufian telah memberitahu beberapa maklumat tentang rumah anak-anak yatim itu. Dia berkata bahawa rumah itu dipenghuni oleh sebanyak 66 orang. Dia memberitahu kami bahawa penghuni paling muda yang tinggal di sana berusia 5 tahun dan yang tertua berusia 16 tahun. Dia berterima kasih atas lawatan kami ke sana dan buah tangan yang telah diberi. Walaupun begitu,dia memberitahu kami supaya jangan berasa simpati atas nasib mereka kerana merek ada apa yang kita orang biasa ada cuma mereka tidak mendapat merasa kasih sayang seorang Ibu dan bapa.


Mereka di sana hidup sebagai satu keluarga yang besar. Apabila diberitahu, kami berasa gembira kerana mereka tetap hidup dengan gembira mendapat kasih sayang daripada orang sekeliling mereka walaupun bukan daripada ibu-bapa mereka.


Setelah selesai dengan peneranagan, kami dibawa sekeliling rumah anak yatim itu. Di tingkat bawah, adalah bilik tidur untuk murid-murid pra-tadika dan sekolah rendah. Malahan, tingkat dua pula untuk murid-murid sekolah menengah. Setelah kami dibawa sekeliling rumah itu,kita dibawa ke dewan untuk acara penyerahan hadiah.

Setelah acara penyerahan hadiah selesai, kami diberi segelas air dan sebungkus biskut.Saya juga menemui guru sekolah tadika di sana tetapi saya rasa dia tidak mengenali saya lagi. Saya berasa sungguh gembira kerana bukan sahaja kita dapat melihat keadaan rumah itu tetapi juga mendapat melihat guru tadika saya.
Oleh:
Nur Shazleena Johari 6/3

Program Penglibatan Kemasyarakatan (CIP)


28 Julai 2006

Kami pun sudah tiba di pintu masuk Rumah Anak-anak Yatim Darul Ma’wa. Bangunannya bertingkat dua dan kelihatan sedikit lapuk. Tetapi di dalam bangunan itu lebih dihias indah daripada zahirnya.

Kami melawat rumah itu dengan beberapa tujuan. Pertama, inilah satu antara aktiviti yang dirancangkan untuk Program Penglibatan Kemasyarakatan (CIP). Kedua, dengan menziarahi anak-anak yatim ini, kami mendapat pendedahan kepada keadaan kanak-kanak yang kurang bernasib baik. Ketiga, kami juga dapat memberikan sokongan kami kepada mereka.

Rumah anak-anak yatim itu lengkap dengan kemudahan untuk memberikan suasana yang selesa untuk mereka. Tersedia untuk mereka adalah kantin, taman permainan, bilik tidur, bilik muzik, bilik komputer dan lain-lain lagi.

Walaupun rumah itu yang merangkumi lebih tujuh puluh kanak-kanak lengkap dengan kemudahan dan amat selesa, mereka masih kurang bernasib baik. Apa yang mereka tidak mempunyai adalah ibu bapa yang dapat memberikan kasih sayang yang sepenuhnya. Tiada sesiapa yang memberikan perhatian yang istimewa seperti dakapan dan ciuman kepada mereka pada waktu malam sebelum mereka tidur.

Sebelum kami meninggalkan rumah anak-anak yatim itu, kami memberikan beberapa hadiah yang terdiri daripada kotak-kotak biskut dan satu tin Milo. Kami juga memberikan sekeping cek berjumlah $700 kepada ketua Rumah Anak-anak Yatim Darul Ma’wa, Encik Sufyan. Kami mengambil gambar, bersalaman dan mengucapkan terima kasih kepada penghuni rumah lalu mengundur diri.

Walaupun kemungkinan besar yang saya tidak akan dapat menziarahi mereka lagi, saya tahu bahawa saya patut menghargai kedua-dua ibu bapa saya sehingga saat yang terakhir.
Dari Jurnal
Abdul Muhaimin
GEP

Tuesday, August 01, 2006

Awan Hitam Lubnan


Awan Hitam Lubnan

Ku lukis langit berawan hitam
Bersama warna kehidupan kelam
Asap tebal menggelita bumi
Mentari siang tercorok bersembunyi

Di relung kalbu menyimpan kerinduan
Masih ada sisa mengharapkan
Manusia dan dunia dalam kedamaian

Harus ke mana ku bawa harapan berlabuh?
Ke mana harus ku bawa impian berteduh?
Sedangkan antogis2 bermaharajalela membunuh
Menyabung dalam gelanggang peraga angkuh

Awan hitam … asap peperangan
Dari Qana ke Beirut
Berdesakan, bergendongan
Bertempiaran bermandi hiba

Sementara,
Yang berkuasa terus menindas
Yang tertindas membalas ganas
Yang lemah bergelimpangan di jalanan
Janda dan anak-anak yatim mengharap belas
Bergerimis duka mendamba ketenangan

Sepanjang nafas taqwa aku cuba menembus langit
Berdoa Tuhan mengukir semula kulit bumi
Menyingkir semua derita yang tiada berdosa
Melupakan semua luka dan duka

Hantarkan perajurit syurga mewarnai awan
Jangan biarkan awan Lubnan kehitaman
Anak-anak Tuhan setia menanti
Dalam ingatan ada diri-Mu jelas terpatri
Mengharapkan awan biru muncul kembali

Cikgu Elmi Zulkarnain

buat Tanah Lubnan
310706