Tuesday, July 24, 2007

Mengenali Negara Itali


Itali
Kawasan 301,230km persegi
Bilangan Penduduk 58,103,033
Ibu Kota Rome
Bahasa Rasmi Italia
Mata Wang Euro


Pengenalan
Republik Itali ialah sebuah negara di selatan Eropah yang terdiri daripada semenanjung dan dua pulau di Laut Mediteranean. Negara ini bersempadankan Perancis, Switzerland, Slovenia dan Austria di utara. Selain itu, terdapat sebuah negara kecil yang berada di dalam kawasan Itali iaitu Bandaraya Vatican dan San Marino.

Bola Sepak
Pasukan bolasepak kebangsaan Itali (Nazionale di calcio dell'Italia) adalah pasukan bola sepak kebangsaan Itali dan dikawal oleh Persekutuan bola sepak Itali (FIGC - Federazione Italiana Giuoco Calcio).

Itali merupakan salah satu pasukan bola sepak kebangsaan yang paling berjaya di dunia. Mereka telah menjadi juara untuk pertandingan Piala Dunia FIFA sebanyak empat kali pada tahun 1934, 1938, 1982 dan 2006, satu kali lebih kurang dari pasukan Brazil. Selain daripada itu, mereka juga telah menjadi juara Kejohanan Eropah pada tahun 1968 dan memenangi pingat emas di pertandingan Sukan Olimpik pada tahun 1936.

Warna tradisional jersi pasukan kebangsaan Itali ialah biru langit (azzurro, dalam bahasa Itali), dan oleh itu ahli pasukan ini diberi nama gelaran, Azzurri.

Rome
Rome (bahasa Itali: Roma) merupakan ibu negara Itali dan wilayah Lazio, dan juga bandar raya terbesar dan comune paling ramai penduduk, seramai kira-kira 2.5 juta penduduk. Kawasan metropolitannya ketiga selepas Milan dan Naples. Ia terletak di bahagian tengah-barat Semenanjung Itali, di mana sungai Aniene bertemu dengan Tiber.
Rome juga sering dikaitkan dengan Gereja Roman Katolik dan ketua uskupnya, Paus. Satu enklaf Rome ialah Kerajaan Kota Vatican, wilayah berdaulat Holy See dan negara paling kecil di dunia.

Bandar Rome merupakan sebuah bandar moden dan kosmopolitan. Sebagai salah satu bandar utama di Eropah yang boleh dikatakan terselamat dalam Perang Dunia II, pusat bandar Rome pada dasarnya kekal dengan ciri Renaissance dan Barok. Pusat Sejarah Rome disenaraikan UNESCO sebagai salah satu Tapak Warisan Di Dunia.

Islam Di Itali
Sejarah Islam di Itali bermula pada abad ke-9 : Sicily, Sardinia dan beberapa kawasan di Semenanjung Itali pernah menjadi sebahagian dari kawasan Ummah Muslim antara tahun 828 (Penaklukkan Islam Sicili) dan tahun 1300 (pemusnahan kubu Islam terakhir di Lucera, Puglia). Islam hampir tidak wujud di Itali antara tempoh unification iaitu pada 1861 sehingga ke tahun 1970an, bila imigran dari Afrika Utara beransur-ansur tiba. Pendatang-pendatang Afrika Utara ini kebanyakkannya terdiri dari orang-orang Berber iaini dari keturunan Arab dan datang terutamanya dari Maroko. Namun begitu, sejak tahun-tahun kebelakangan, mereka diikuti oleh orang-orang Tunisia, Albania dan dalam bilangan yang lebih kecil, dari Libya, Mesir, Pakistan, Somalia, orang-orang Arab dari Timur Tengahand orang-orang Kurd.

Bilangan umat Islam di Itali kini mungkin melebihi angka sejuta orang, walaupun hanya lebih kurang 60,000 sahaja warganegara Itali berugama Islam. Mereka ini sama ada dari kumpulan imigran yang mendapat kerakyatan Itali ataupun anak jati Itali yang memeluk ugama Islam.
Kehadiran lebih sejuta umat Islam di Itali bukanlah kali pertama orang-orang Islam muncul di negara itu. Di bawah Empayar Islam yang terbit selepas kewafatan Nabi Muhammad dan khususnya di abad ke 7 hingga ke 11, beberapa bahagian kecil di selatan semenanjung Itali, Sicili, dan Sardinia diperintah oleh orang-orang Islam.

Bahasa Itali
Bahasa Itali (italiano atau lingua italiana) adalah bahasa Roman yang dituturkan oleh hampir 63 juta orang, terutamanya di negara Itali dan Switzerland yang mejadikan bahasa ini sebagai bahasa rasmi. Piawaian bahasa Itali dipengaruhi kuat oleh dialek Tuscan dan berada di antara bahasa Italo-Dalmatian dari Mezzogiorno (selatan Itali) dan bahasa Gallo-Itali dari bahagian utara Itali.

Seperti banyak bahasa yang ditulis menggunakan abjad Latin, bahasa Itali mempunyai konsonan berganda. Bagaimanapun, berbanding dengan konsanan berganda bahasa Perancis , di dalam bahasa Itali, konsonan berganda itu adalah untuk sebutan panjang. Seperti dalam kebanyakan bahasa Roman yang lain kecuali bahasa Perancis, corak sebutan pic adalah berbeza.
Diantara bahasa-bahasa Roman, bahasa Itali umumnya dianggap sebagai bahasa yang paling sama dengan bahasa Latin dari segi kosa kata, melalui bahasa Romania yang memelihara sistem deklensi dari bahasa Latin purba sementara bahasa Sardinia adalah paling konservatif dari segi fonologi.

Hasil Kajian dan Rujukan Internet dan Bahan Perpustakaan SHPS:
Ketua: Aniq Naqib
Pembantu: Firdauz Azhar
Penyunting: Fatin Liyana
(5/9)

------------------------------------------

0 Comments:

Post a Comment

<< Home