Sunday, September 24, 2006

Ditangkap ...

Seorang pemuda dengan sopan meminta izin untuk menggunakan telefon bimbitku. Aku berasa simpati. Belum sempat aku menghulurnya, dia merampas telefon bimbit itu dari tanganku. Dia terus angkat kaki. Aku tercegat kerana terperanjat. Dengan pantas, aku cuba menangkap si pencuri itu.

Pemuda itu berlari dengan pantas. Aku menghadapi masalah untuk menangkapnya. Dia berlari di tepi jalan seperti dikejar hantu. Pada saat itu, akulah hantu yang mengejarnya.

Beg sandangku menghalangku daripada berlari dengan pantas. Pemuda itu semakin jauh daripadaku. Dengan lekas, aku menghayunkan beg sandangku lalu mencampaknya ke arahnya.

Tekaanku amat tepat. Beg sandang itu terhempap di belakang kepalanya dan dia terjatuh. Mungkin kerana aku telah isikan beg sandangku dengan terlalu banyak buku.

Aku menghampiri pemuda itu yang sedang mengesat kepalanya yang sakit. Aku mencapai telefon bimbitku daripadanya. Dia merenung wajahku. Aku memandang muka nya dengan air muka yang bengis. Dia meminta maaf. Beberapa saat berlalu. Aku menganggukkan kepalaku satu kali untuk menunjukkan kemaafanku ke atas dirinya. Aku meninggalkan pemuda itu dengan hati yang berat.

Seminggu berlalu. Aku telah melupakan kejadian itu walaupun aku masih berhati-hati dengan sesiapa yang cuba menegurku. Aku tidak sanggup untuk berpisah dengan apa sahaja barangan kepunyaanku.

Apabaila saya keluar daripada sebuah kedai, aku ternampak seorang pemuda. Seorang pemuda yang memakai baju yang koyak-rabak. Seorang pemuda yang menghampiri seorang wanita untuk bertanya jika dia dapat menggunakan telefon bimbitnya.

Dengan pantas, aku mengeluarkan telefon bimbitku pula lalu memanggil pihak polis. Kali itu aku pasti tidak akan memaafinya. Nasibnya wanita itu kelihatan seperti enggan untuk meminjamkan telefon bimbitnya. Aku tahu pihak polis akan datang dalam lima minit dan pasti tiada masa untuk menangkap pencuri itu yang tidak insaf.

Aku mendekati pemuda itu lalu menggenggam tangannya. Wanita itu terkejut. Aku memarahi pemuda itu tetapi masih tidak melepaskan tangannya. Seorang pegawai polis tiba di kawasan itu. Di menegur pemuda itu lalu menggari tangannya. Akhirnya, pencuri telefon bimbit itu telah diberkas. Pegawai polis itu memujiku lalu beredar dengan pemuda itu.

Aku menoleh ke arah wanita yang masih tergamam itu. Aku memberitahunya bahawa pencuri itu telah ditangkap. Alangkah terperanjatnya aku apabila wanita itu sedarkan diri lalu berkata bahawa aku telah menuduh orang yang salah. Dia mengatakan bahawa pemuda itu adalah abangnya yang telah menghadapi kemiskinan. Abangnya itu telah meninggalkan keluarganya lalu cuba mencuri telefon bimbit. Akulah yang telah menjadi mangsanya yang pertama tetapi setelah aku memarahinya seminggu lalu, dia telah insaf. Dia telah menghampiri wanita itu kerana ingin meminjam wang daripadanya nutuk menampung kehidupannya sebagai pengemis.

Aku berasa serba salah lalu meminta maaf kepada wanita itu. Dengan segera, aku bergegas ke balai polis yang berdekatan untuk menyelamatkan pemuda itu daripada tuduhan yang palsu.
Abdul Muhaimin 6/11 GEP

Kesedihan

Seorang pemuda dengan sopan meminta izin untuk menggunakan telefon bimbitku. Aku berasa simpati. Belum sempat aku menghulurkannya, dia telah melarikan diri seperti dikejar oleh seekor anjing. Di belakangnya ada seorang wanita yang kelihatan dalam pertengahan 40 tahnun itu sedang memegang sebilah pisau sambil mengejar pemuda itu.
Sedang wanita itu cuba mengejar pemuda itu, wanita itu terus jatuh telentang. Aku berjalan ke arah wanita itu. Pemuda yang sedang berlari itu berpatah balik setelah ternampak apa yang telah terjadi. Pemuda itu memperkenalkan dirinyab sebagai Nazrul dan wanita itu adalah ibunya.

Aku menyuruh Nazrul mengangkat ibunya dan letakkannya di dalam keretaku untuk dibawa ke hospital. Apabila kami tiba di hospital, bu Nazrul telah diberi rawatan kecemasan. alaupun begitu, ibu Nazrul tidak dapat diselamatkan kerana dia telah mendapat serangan jantung. Nazrul mula menangis dan berkata bahawa itu semua berpunca darinya.

Aku mengajak Nazrul turun ke kafeteria untuk menenangkan mindanya yang sedang berkecamuk itu. Aku membelikannya segelas air dan menyuruhnya mengeluarkan segala perasaan yang dipendamkannya di dalam hati. Nazrul memberitahu aku yang bapa dan ibunya telah bercerai 2 tahun yang lalu bila dia berusia 12 tahun. Setiap hari apabila dia pulang daripada sekolah,rumahnya tidak pernah tenteram.Ibu dan bapanya selalu bergaduh. Walaupun begitu, dia tetap bekerja keras untuk peperiksaan PSLEnya kerana dia ingin menggembirakan ibu dan bapanya.Dia tidak akan pulang selagi dia belum menyelesaikan kerja sekolahnya dan ulangkaji pelajarannya.

Dia mendapat markah yang cemerlang untuk peperiksaannya tetapi ibu-bapanya tidak pernah mengambil kisah.Walaupun begitu, dia tidak pernah membantah cakap ibunya. Hari itu Nazrul ke rumah bapanya kerana dia memerlukan wang untuk membeli buku sekolah dan makanan kerana ibunya tidak bekerja.

Apabila Ibu Nazrul mendapat tahu, ibunya berasa marah dan mengejarnya dengan memegang sebilah pisau.Dia ingin meminjam telefon bimbitku untuk menelefon bapanya untuk menenangkan keadaan.Aku berasa simpati terhadap Nazrul dan bercadang untuk membawanya rumah dan menjaga makan-minumnya.

Nazrul setuju untuk tinggal denganku kerana dia tidak sanggup tinggal bersama seorang ibu tiri.A ku menyuruh Nazrul menelefon bapanya dan memberitahunya tentang kematian ibunya.Bapanya meletak telefon apabila diberitahu ibu Nazrul telah meninggal dunia jadi aku juga yang menyelesaikan pengebumian ibu Nazrul. Nazrul masih sedih di atas kematian ibunya. Walaupun begitu, dia berkata bahawa dia bersyukur untuk berjumpa dengan ku. Aku juga berasa gembira kerana dapat menolong seseorang yang dalam kesusahan.
Shazleena Johari 6/3 EM1

Sunday, September 10, 2006

Malay Department SHPS 2006


The Malay department focuses more than the teaching of the Malay language in St. Hilda’s Primary School although the study of Malay language and literature is an integral part of the department's curriculum. The department also focuses on the Malay culture and aims to deepen our pupils’ understanding of the Malays and their place in the modern multi cultural Singapore. Our teachers will continue to strive the use of visual, aural, oral and kinaesthetic as methods of curriculum delivery with themes that go across all teaching areas including crafts, songs and even games.

Parents of P6 Malay pupils met on 2nd February 2006. The main objective of the P6 Parents and Teachers Meet is to improve the cooperation and in particular the dialogue between teachers and parents in order to enhance the educational achievement of their children.

On the 10th February 2006, the Malay department collaborated with the Mother Tongue Department to host the Annual Jamiyah Old Folks Home Chinese New Year Dinner. The department aims to instil in pupils the sense of community. All donations went directly to the above mentioned charity.

Pupils from P5-P6 enjoyed an educational trip to JB on the 14th March 2006. The main aim of this project is to introduce pupils to the historical significance of the Malay culture and language. It is part of the department’s effort to educate pupils through experiential learning. Following that, a reading motivational workshop was conducted during the first week of Term 2 for the primary 2 – 4.

The annual Malay cultural camp was conducted on the 20th June 2006. The camp was a wonderful experience and introduction to the Malay culture, language and arts for the Malay pupils. A total of 90 pupils from P2 to P6 learnt the art of Batik Painting, Silat followed by a Speech and Drama workshop.

The P4 pupils with their peers from the Chinese and Tamil classes participated in the Read and Reach Programme jointly organized with Meridian JC during the month of July. The programme that was conducted on every Wednesday for 4 consecutive weeks aims to instil in young pupils the love of reading and understanding the need for racial harmony in Singapore through the use of storytelling as a springboard for the learning of listening and reading in Mother Tongue languages.

In the month of July 2006, the department organised a creative writing competition for the E6 cluster. The objective is to provide a platform for the Malay pupils to showcase their talents in writing about the issues of the modern world. One of our pupils, Rukhsana Yusof achieved the 2nd prize in the P6 category.

On July the 28th, the upper primary Malay pupils visited the Jamiyah Orphanage. They managed to collect $700 worth of cash and 5 huge hampers worth of dairy products, biscuits and writing materials for the under-privileged children jointly contributed by the Malay parents and teachers. It is hoped that the trip will create awareness on the plight on the less fortunate children in Singapore.

The Malay department will continue to use weblogs or Internet blogs to showcase the writing ability of the upper primary Malay pupils. We’ve found weblogs to be an excellent way to fuse educational technology and storytelling inside the classroom.
Reported by:
Cikgu Elmi Zulkarnain
Subject Coordinator ML