Wednesday, July 26, 2006

Bumi Sarawak



Sarawak adalah negeri yang terdiri oleh beberapa kaum. Antaranya adalah Kaum Iban, Bidayuh, Ulu dan lain-lain lagi. Tiga puluh peratus daripada bilangan penduduk di sarawak adalah Kaum Iban. Kaum Iban pertama dipanggil ‘dayak laut’. Kaum Iban adalah salah satu daripada Orang Dayak di Borneo. Dewasa ini, Orang Iban telah fokus di negeri seperti Sarawak, Brunei dan beberapa tempat di Indonesia.


Orang Iban asalnya adalah sebuah kaum yang tinggal di kawasan berjauhan dari muara sungai di pusat Kalimantan. Mereka bertutur dalam bahasa mereka yang kita panggil bahasa Iban.


Dahulu, asalnya orang Iban adalah seorang ‘Animist’, tetapi sekarang, ramai Orang Iban beragama Kristian. Walaupun begitu,mereka masih menetapkan Tradisi mereka. Terutama sekali dalam majlis perkahwinan dan masa-masa festival. Antara festival yang disambut besar-besaran adalah Gawai dayak, Gawai Burong dan Gawai Antu.


Festival Gawai Dayak disambut pada setiap tahun pada bulan Jun.Pada hari itu,joget tradisional Orang Iban ‘ngajat’ akan diiringi oleh ‘taboh’ lagu tradisional orang Iban akan dipersembahkan buat tetamu. ‘Pua kumbu’ kain tradisional Orang Iban akan digunakan untuk menghias rumah. ‘Tuak’ ialah ‘rice wine’ yang akan dihidang untuk tetamu mereka.


Gawai burong pula disambut sebagai tanda hormat kepada Burung Singalang, tuhan perang.Salah satu daripada aspek penting untuk festival ini adalah mendeklamasikan puisi atau 'traditional chants'.

Festival-festival ini kedengaran seperti menarik. Ia telah menarik perhatian saya. Saya ingin menjadikan Sarawak salah satu destinasi impian saya.
Nur Shazleena 6/3

Wednesday, July 19, 2006

Sarawak - Abdul Muhaimin 6/11

Sarawak adalah sebuah negeri yang banyak sejarahnya. Ia mempunyai sebanyak dua puluh lapan kaum. Yang sebesarnya ialah orang Iban, yang sebesar tiga puluh peratusan daripada orang Sarawak. Yang kedua ialah orang Cina, yang sebesar dua puluh sembilan peratusan orang Sarawak. Selepas mereka ialah orang Melayu (23%), Melanau, Bidayuh dan lain-lain lagi.

Sejarah:
Negeri Sarawak terletak di pulau Borneo. Pada tahun 1841, James Brooke telah dilantik governor dan seterusnya Rajah Sarawak. Selepas dia meninggal dunia, Charles Anthoni Johnson Brooke menjadi Rajah. Selepas dia mati, anaknya, Charles Vyner Brooke, dan abangnya Bertram Brooke merajakan negeri itu.
Keluarga Brooke menjadi kerajaan negeri Sarawak selama satu kurun. Pada tahun 1941, kerajaan baru hendak didirikan. Tetapi pada tahun itu juga, kuasa Jepun memasuki negeri Sarawak, dan menguasai tempat Miri dan Kuching. Ini dikekalkan sehingga kuasa Australia menguasai Sarwak dan menewaskan kuasa Jepun. Anthony menjadi Rajah Sarawak selepas beberapa pertempuran.

Kaum-kaum: Selain orang Iban, ada lagi kaum-kaum yang besar seperti…
Bidayuh:
Mereka dipecahkan ke dalam beberapa kumpulan bahasa:
Lundu-Mereka berbahasa Salako dan Lara
Bratak, Singai, Krokong, Jagoi – Singai - Jagoi
Penrissen - Biatah
Kebanyakan orang Bidayuh berkaum Kristian.

Melanau:
Kumpulan orang yang pertama untuk mendiam di sini. Mereka pasti mereka keturunan orang Filipina. Mereka telah berpindah ke Sarawak kerana perang di negeri Mindanao pada kurun 16.

Orang Melanau boleh dipecahkan ke dalam enam kategori:
-Melanau Mukah
-Melanau Dalat
-Melanau Oya
-Melanau Daro
-Melanau Ba’ie (Bintulu)


Melanau Miri
Kebanyakan orang Melanau adalah orang Islam tetapi ada yang berkaum Kristian, kebanyakannya daripada orang Melanau Mukah.

Kesimpulan:
Pada pendapat saya, Sarawak adalah sebuah negeri yang amat penuh dengan sejarah. Sarawak istimewa dengan adanya budaya-budaya dan kaum-kaum yang unik. Ia pun kaya dengan sumber asli seperti minyak tanah, kayu, tanah dan hasil pertanian. Kerana itu, Sarawak telah menjadi satu negeri yang berjaya dalam ekonominya.