Tragedi Malam Itu
Karangan: Tragedi Malam Itu
Deringan telefon yang bertalu-talu di ruang tamu agak membingitkan. Diana tidak jadi menyuap nasi. Lauk lemak ayam yang masih berasap nipis dengan aroma yang menggiurkan terpaksa ditinggalkan dahulu walaupun perutnya telah merayu minta diisi segera.
Dia menerpa ke gagang telefon.
“Helo...” rasa geram dan marahnya terlindung di sebalik suaranya yang perlahan dan lembut.
“Eh, Shima rupanya!”
Langsir di jendela mula beralun mengikut rentak tiupan angin malam yang kencang.
Di sebuah rumah usang di daerah Woodlands, Shima tersenyum riang mendengar suara ibunya itu.
Di sebuah rumah usang di daerah Woodlands, Shima tersenyum riang mendengar suara ibunya itu.
“Ibu, apa khabar?”
Diana mengetap bibir, cuba menahan perasaan sebak yang kian menggoncang dadanya.
“Ibu sihat, alhamdulillah. Shima bagaimana?”
Air mata mula bergenang di kelopak mata Shima.
“Shima sihat ibu,” suaranya terketar-ketar. Apakan daya, dia harus berdusta supaya tidak membimbangkan hati ibunya itu. Selagi hayat dikandung badan, tidak akan sesekali Shima biarkan hidup ibunya menanggung derita.
“Kalau begitu, baguslah. Shima sudah makan?”
Air mata Shima mula mengalir ke pipi.
“Sudah ibu,” dia berbohong lagi.
Diana mengangguk puas. Kemudian dia bertanya, “Ayah bagaimana?”
“Ayah sihat ibu,” jawab Shima perlahan. Matanya melirik mencari ayahnya. Kebetulan, dia sedang menonton televisyen bersama isteri barunya dan juga anak mereka.
“Ibu sudah makan?” tanya Shima tiba-tiba, seolah-olah cuba memanjangkan perbualan mereka itu.
“Oh, ibu baru sahaja hendak menjamu selera,” kata Diana sambil tersenyum lebar.
Shima menyeka air matanya itu lalu berkata, “Kalau begitu, ibu pergilah makan dahulu.”
Diana mengangguk. “Baiklah, jangan lupa telefon ibu bila Shima ada masa lapang nanti!”
Shima berjanji lalu meletakkan gagang telefon.
Diana mengangguk. “Baiklah, jangan lupa telefon ibu bila Shima ada masa lapang nanti!”
Shima berjanji lalu meletakkan gagang telefon.
Diana pulang ke meja makan. Makanan disuapkan perlahan-lahan ke dalam mulut. Fikirannya masih menerawang jauh mengingati anaknya, Shima.
Rasa menyesal mula menjelma di sanubari. Diana menyesal kerana tidak sering mengambil masa untuk menjenguk anaknya sejak bercerai dengan ayah Shima tiga tahun yang lalu. Seingatnya kali terakhir dia bertemu dengan Shima ialah lebih setahun yang lalu.
Diana tahu, dirinya selalu sibuk bekerja. Namun dia juga sedar bahawa dia tidak seharusnya mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu. Dengan tiba-tiba sahaja perasaan rindu terhadap anak perempuan tunggalnya itu datang membuak-buak. Wajah Shima terasa terlekat di kotak fikirannya, langsung dia menitiskan airmata. Kala itu hidupnya terlalu kosong.
Seleranya terus lenyap dan Diana bingkas bangun dari tempat duduknya. Dia sudah mengambil keputusan untuk berjumpa dengan Shima pada malam itu juga untuk melepaskan rasa rindu yang mengetuk pintu hatinya berkali-kali.
Shima memerhatikan gelagat ayahnya dari jauh. Kadang-kala, ayahnya akan menyuapkan biskut ke dalam mulut adik tirinya, Jamal. Mereka kelihatan begitu mesra sekali.
Akhirnya, biskut itu pun habis dan Jamal mula menangis minta disuapkan sekeping lagi.
Ayah Shima cuba memujuk anak kesayangannya itu, namun gagal. Tiba-tiba, ibu tiri Shima memanggilnya.
Ayah Shima cuba memujuk anak kesayangannya itu, namun gagal. Tiba-tiba, ibu tiri Shima memanggilnya.
“Shima, kau pergi ke kedai runcit di seberang jalan dan belikan Jamal biskut coklat kegemaraannya itu,” dia bersuara tegas.
Ayah Shima menghulurkan sekeping wang dua dolar ke arahnya dan kemudian berkata keras, “Kau jangan hendak belikan apa-apa untuk diri kau, faham? Duit ini untuk belikan biskut adik kau!”
Shima mengangguk-anggukkan kepalanya lalu segera beredar dari situ. Dia cuba berkeras untuk tidak mengalirkan air mata. Dalam hatinya dia berbisik, “Ya, Allah! Kau rahmatilah aku untuk menghadapi kemelut ini.”
Diana memandu dengan agak laju sekali. Dia bimbang Shima masuk tidur awal. Jika begitu, tidak dapatlah dia berjumpa dengan anak gadis kesayangannya itu.
Tiba-tiba, dia ternampak seorang budak perempuan sedang melintasi jalan raya di hadapannya. Diana terkejut lalu segera membrekkan keretanya namun terlambat.
Semuanya berlaku dengan cepat sekali sehinggakan Diana sendiri tidak tahu apa yang telah terjadi.
Kedengaran bunyi dentuman yang kuat dan kemudian kelihatan beberapa titik-titik darah terpercik ke cermin keretanya. Diana segera memberhentikan keretanya lalu keluar dari kenderaan itu.
Dia menjerit.
Shima masih memegang duit yang telah diberi oleh ayahnya tadi. Namun pegangannya sudah menjadi semakin layu.
“Ibu,” dia bersuara perlahan. Shima cuba mengukir secebis senyuman.
Lidah Diana kelu, persis orang bisu. Betulkah budak yang sungguh kurus dan lemah itu anaknya sendiri? Betulkah dia Shima yang dahulu seorang anak yang ceria dan agak berisi?
“Shima!!!” tiba-tiba Diana menjerit lalu mendapatkan anaknya itu. Dia segera menelefon ambulans melalui telefon bimbitnya.
Keluhan kecil terluah dari bibir Shima. Sesaat kemudian, tubuhnya terkulai layu dan wang kertas berharga dua dolar itu terlepas dari pegangan.
Diana mula menangis sekuat-kuat hati sambil mengusap-usap dahi anaknya yang dibasahi darah.
“Shima, mengapa kamu tidak memberitahu ibu kamu sedang menderita?”
Dari jauh, laungan siren ambulans sudah jelas kendengaran.
Natasha Nabila (GEP) 2007 P6/12
Tahniah daripada Cikgu Siti Norafizah / Cikgu Elmi Zulkarnain
0 Comments:
Post a Comment
<< Home