Monday, September 17, 2007

Taj Mahal


Hasil Projek Pencarian Maklumat Dari Internet





Pengenalan

Taj Mahal (Bahasa Hindi) yang terletaknya di tebing Sungai Jumna, berhampiran Agra, India, merupakan makam yang dibina oleh Maharaja Shah Jahan (1614-1666) sebagai monumen peringatan untuk Mumtaz Mahal, isterinya yang kelima. Mula dibina pada 1632 dan siap 1648.
Taj Mahal kekadang dipanggil 'Taj' sahaja adalah contoh terbaik Senibina Mughal yang menggabungkan senibina Parsi, Turki , India dan dan gaya senibina Islam. Arkitek utama bangunan ini ialah Ustaz Ahmad Lahauri . Taj Mahal merupakan sebuah kompleks bersepadu iaitu mempunyai bahagian makam, dewan, taman rekreasi , masjid, menara tinjau dan lain-lain. Tahun 1983 UNESCO mengisytiharkan Taj Mahal sebagai Tapak Warisan Sedunia yang perlu dilindungi . Bangunan ini dikatakan 'permata senibina Islam'.

Asal dan Inspirasi
Tahun 1631 Shah Jahan yang menjadi Maharaja Dinasti Mughal telah kematian isteri tersayang. Isterinya Mumtaz Mahal telah meninggal ketika melahirkan anak mereka yang ke-14 Begum Gauhara ketika Shah Jahan berada di medan pertempuran pada tahun 1631 ketika Shah Jahan dalam kempen memperluaskan tanah jajahannya.

Pengaruh
Makam Taj Mahal ini menggambarkan keagungan senibina Dinasti Mughal. Bangunan lain yang mendapat gaya senibina ini ialah Timurid dan bangunan Mughal. Ini termasuklah Gur-e Amir di Samarkhan. Makam Humayun yang dipanggil Makam Itmad-Ud-Daulah dan Masjid Jama Lauhari dari Turki untuk mereka di Delhi.

Pembinaan
Shah Jahan memerintahkan Ustaz Ahmad bentuk bangunan ini. Ustaz mengumpulkan 20,000 orang pekerja yang terdiri daripada tukang batu, tukang emas, dan pengukir yang termasyhur dari seluruh dunia.
Dengan bumbung, kubah dan menara yang diperbuat daripada marmar putih, serta seni mozek yang indah, Taj Mahal merupakan salah satu daripada Tujuh Benda Ajaib di dunia. Sebanyak 43 jenis batu permata, termasuknya berlian, jed, kristal, topaz dan nilam telah digunakan. Pembinaan Taj Mahal menelan masa sebanyak 22 tahun.

Taman Rekreasi
Taman rekreasi seluas 300 meter X 300 meter dengan ,lorong-lorong hiasan bunga. Ada empat charbagh yang melambangkan empat sungai utama di India yang kononnya mengalir dari syurga.

Seni Khat
Ayat dari al Quran menjadi hiasan utama Taj Mahal. Huruf khat thuluth menjadi seni huruf utama. Jurukhat bernama Amanat Khan dibawa dari Parsi.Antara surah yang menjadi hiasan ialah Surah 91 , Surah 112 , Surah 89 , Surah 93 , Surah 95 , Surah 94, Surah 36 , Surah 81 , Surah 82 , Surah 84 , Surah 98 , Surah 67 , Surah 48 , Surah 77 dan Surah 39 .

Bahan Binaan
Bahan binaan di bawa dari seluruh Asia menggunakan 1000 ekor gajah. Marmar putih dari Rajasthan. Permata dari Punjab. Jed dan hablur dari China. Firus dari Tibet . Lazuardi dari Afghanistan. Nilam dari Sri Langka. Kamelian dari Arab.28 jenis batu berharga telah digunakan bagi membina Taj Mahal.Kos pembinaan lebih 32 juta rupee. Kos ini tidaklah banyak ketika itu.

Sejarah
Bahan binaan di bawa dari seluruh Asia menggunakan 1000 ekor gajah. Marmar putih dari Rajasthan. Permata dari Punjab. Jed dan hablur dari China. Firus dari Tibet. Lazuardi dari Afghanistan. Nilam dari Sri Langka. Kamelian dari Arab. 28 jenis batu berharga telah digunakan bagi membina Taj Mahal. Kos pembinaan lebih 32 juta rupee. Kos ini tidaklah banyak ketika itu.


Aniq Naqib Azman 5/9