Karangan Naratif: Tiada yang Pasti
Apa yang telah aku lakukan? Adakah aku penyebabnya? Dari siapa aku hendak meminta bantuan pun aku tidak pasti. Penat tubuhku, terasa hampir patah tulang belakangku ini mengangkat barang-barang itu. Fikiranku buntu, bercelaru sekali. Aku cuba menyoal ibu aku tentang apa yang telah aku lakukan yang menybabkan mereka berpisah. Senyuman di muka ibu aku lenyap. Kecewa atau marah? Aku kurang pasti. Dia terus merampas barang-barang dari tanganku lalu meletakkan barang-barang itu di dalam lori yang besar.
Kami berdua hendak berpindah, meninggalkan kakak aku di rumah lamaku. Ibu aku tidak berasa sedikit pun kecewa di atas keputusan kakak. Aku terus menaiki lori besar itu menuju ke rumah baharu aku. Dalam perjalanan, aku teringat apa yang telah terjadi…
“ Ayah… inilah… keputusan… peperiksaan… Ana,” aku bercakap dengan nada terketar ketakutan dan perlahan-lahan kepada ayah aku yang sedang minum todi di ruang tamu rumah lama aku. Mabuk lagi. Sungguh menghampakan.
Bila aku ternampak muka ayahku bertukar, aku terus berlari ke bilik dan mengunci pintuku. Aku terdengar bunyi kunci, agaknya ibu aku sudah kembali. Selepas itu, aku terdengar bunyi yang kuat sekali. Gedebang! Aku sungguh hairan. Keadaan yang mencurigakan itu membuat aku membuka pintu aku dengan perlahan-lahan.
Aku ternampak ayahku melempar perkakas dan perhiasan rumah termasuk yang dierbuat daripada kaca ke tubuh ibu aku. Ibu aku tidak boleh berbuat apa-apa selain membatu menahan sakit. Dia hanya mampu menangis dengan kuat sahaja seakan meraung. Pasti pedih. Aku terperanjat dengan perbuatan ayah aku yang sedang mabuk. Aku menghubungi polis dengan segera.
Pegawai polis telah memberkas ayahku dan setelah dibicarakan, dia dipenjarakan selama setahun. Ibu aku pula dirawat di hospital. Aku bersyukur yang dia akan dibenarkan pulang tidak lama lagi. Mujurlah Tuhan masih menyayangi aku.
Bila aku sampai di rumah baru, aku dikejutkan oleh ibuku. Rumah baharu kami besar dan ada sebuah kolam renang di halamannya. Rumah itu merupakan rumah pusaka peninggalan arwah nenekku. Syukur. Ada tempat berteduh. Aku amat gembira dapat menetap di rumah itu, memulakan kehidupan bahari bersama ibuku. Tetapi aku berasa ada sesuatu yang kehilangan di dalam hatiku. Kakak yang ungkal. Kehadiran seorang ayah. Kasih sayang daripada seorang ayah yang bertanggungjawab. Mungkin hari itu akan tiba. Hari di mana keinsafan dapat mengubah haluan hidup ayah. Tapi aku aku kurang pasti bila.
Sekadar ingin berkongsi:
Fatin Liyana
P5/9
(Gambar bersama Natasha Nabilah 6/12 - kiri)