Friday, March 30, 2007

Asal Makanan Melayu Singapura


Dari mana asalnya .. ?

Sate berasal daripada Jawa, Indonesia tetapi sangat terkenal di negeri-negeri Asia seperti Singapura, Malaysia dan Thailand.

Bahan utama sate merupakan daging kambing, ayam atau lembu, kacang tanah dan kuah sate.

Lontong pula berasal dari Johor. Ia sangat terkenal di kawasan nusantara ini seperti Malaysia dan Indonesia. Bahan utama lontong ialah nasi putih digandingkan dengan kuah lodeh.

Nasi goreng berasal dari Indonesia. Nasi goreng digolongkan menurut daerah asal. Contoh nama-nama menarik: Nasi Goreng Hong Kong, Singapura, Jawa dan Medan. Bahan-bahan utama nasi goreng ialah nasi kuning, daging lembu dan sayur-sayuran.

Otak-otak berasal dari tiga negara iatu Malaysia, Singapura dan Indonesia. Ia suka dimakan di negeri-negeri lain. Bahan utama otak-otak ialah ikan (mackeral).

Gado-gado berasal daripada negeri Indonesia. Gado-gado berupa sayur-sayuran, sos kacang tanah dan telur.
Yuumm .. Pasti lazat!
Oleh
Aniq Naqib 5/9